Selesai exam KPSL W27 pada 20 Ogos lepas, IbuNoey terfikir nak pergi Aeon Big Wangsa Maju sebab beras kat rumah dah nak habis. Ish, beras habis pun nak mention ker. Sebelum beli beras tu, melilau dulu dalam Aeon Big nak cari tempat makan. Seperti yang IbuNoey bagitahu dalam entri INI, IbuNoey tak jumpa food court kat Aeon Big ni selepas dibuat renovation. So, pilihan yang ada hanyalah KFC, McD, Jombali, Chicken Teppanyaki.
Dipendekkan cerita, IbuNoey lalu kat tepi bekas ruang Pejabat Pos dalam Aeon Big tu. Ternampak ada sorang perempuan sedang ambil gambar pada pintu tertutup Pejabat Pos tu. Dalam masa yang sama, ada dua orang perempuan berbangsa Cina berdiri berdekatan perempuan yang ambil gambar tadi. Lepas tu, IbuNoey pun terfikir nak ambil gambar Pejabat Pos yang tertutup tu. Konon nanti nak inform kat blog la yang Pejabat Pos tu belum dibuka. Tapi belum sempat nak ambil gambar, terdengar perempuan tu cakap kat dua orang perempuan pasal Pejabat Pos dah berpindah ke Tingkat 2. IbuNoey blur sekejap. Eh, Tingkat 2 kat mana pula ni? Lepas tu, terdengar lagi perempuan tu cakap, naik escalator kat tepi mesin ATM Maybank tu, nanti terus nampak sign Pejabat Pos.
Sudah tu, IbuNoey pun terus bergerak ke escalator tepi mesin ATM Maybank, berdekatan McDonald. Sampai di atas, nampak sign Pejabat Pos. Lepas tu, masuk pintu sebelah kiri kalau tak silap IbuNoey. Dan tu dia. Rupanya dah ada Tingkat 2 kat Aeon Big Wangsa Maju ni. Ketinggalan zaman betul IbuNoey ni. Lepas tu, ronda-ronda kat Tingkat 2. Dari kejauhan ternampak ruang Food Court. Oh, rupanya Food Court kat Tingkat 2. So, apalagi. Layan perut kat Food Court la.
IbuNoey pilih masakan Indonesia sebab IbuNoey suka makan Ayam Penyet. Ni baru dua buah stall. Ada lagi masakan lain. Lebih kurang je macam Food Court sebelum ni.
Kerusi dan meja nampak lebih unik daripada Food Court sebelum ni. Tapi kalau tengok dari segi kecukupan meja, rasanya kalau waktu cuti, mesti jenuh nak cari tempat duduk kosong.
IbuNoey pilih air Mocha Ais. Harganya RM2.80. Tapi dapat diskaun 10%, jadi hanya bayar RM2.50. Promosi diskaun sehingga 31 Ogos. Cashier yang cakap.
See? Ada banyak lagi pilihan lain. Stall Nasi Kandar, Nasi Berlauk, Claypot, dan macam-macam lagi la.
Ni dia nasi Ayam Penyet yang IbuNoey pesan. So far, sedap jugalah. Sambal dia agak umph bagi IbuNoey. Harga dalam RM7.90 rasanya. Ahaha. Lupa harga pula.
Close up sikit |
Kalau turun ke Tingkat 1, korang akan sampai berhampiran Daiso Japan. Kat situ kan bekas Food Court lama. Food Court lama dah digantikan dengan Daiso Japan.
Sekian sahaja penemuan Food Court Aeon Big Wangsa Maju.
0 berkongsi idea
Pendapat anda amat dihargai.