Sumber ; Google |
Sejak zaman bujang, IbuNoey memang tak lepas daripada period pain. Boleh dikatakan setiap bulan memang wajib rasa sakitnya kecuali ketika mengandunglah kan. Kalau terkena pada masa bekerja, memang tak bolehlah nak datang kerja kan. Kalau nasib baik kena hari Sabtu atau Ahad, tak perlulah nak ambil MC untuk berehat. Yelah, kerap sangat ambil MC, ada pula orang kata kita ni manja terlebih. Padahal dah memang sakit pun, nak buat macam mana.
Hari ni, terkena lagi sakitnya. Bezanya, IbuNoey ambil alternatif lain. Walaupun mungkin alternatif agak tak berapa sesuai, tapi biarlah. Mungkin dengan cara ni, kurang sikit dosa-dosa orang yang suka benar nak mengumpat pasal kesakitan azali dan MC IbuNoey yer.
Dalam entri tahun lepas, IbuNoey ada kongsikan cara untuk redakan period pain a.k.a senggugut. Tapi ada beberapa cara tu tak berkesan untuk sesetengah orang termasuklah IbuNoey. Untuk hari ni, IbuNoey gunakan cara di bawah mengikut turutan sebelum datang ke pejabat:
~ Makan ubat penahan sakit.
~ Urut di bahagian yang sakit dengan menggunakan minyak panas. Yang ini AyahMal tolong buatkan sebaik sahaja IbuNoey mengadu sakit.
~ Banyakkan berehat.
~ Banyakkan berehat.
Itu cara-cara yang IbuNoey gunakan pagi ni. Tapi period pain bukan reda terus macam tu je. IbuNoey terpaksa berehat a.k.a. tidur 2-3 jam untuk redakan 60% rasa sakit tu, barulah boleh bergerak aktif a.k.a memandu. Ubat penahan sakit tu pula IbuNoey ambil Ibuprofen namanya. Tu pun mujur masih ada simpanan.
Kesimpulannya, kesakitan senggugut boleh dikurangkan tetapi bergantung kepada keadaan seseorang dan keadaan sekeliling. Untuk langkah-langkah pengurangan kesakitan senggugut yang lain, boleh rujuk entri SINI.
My Mind : Bersyukurlah korang yang dapat period pain ala gigit semut je. Tak sakit badan, tak sakit hati kena cop kaki MC.
2 berkongsi idea
kwn sy pun ada yg senggugut teruk...smpai xleh bangun...kdg sian tgk..tp dia kata lepas bersalin dah xde dah.....hehehhe
ReplyDeleteIbuNoey dulu masa bujang mcm tu la.mmg xleh bgn.ada org kata lepas dah ada anak nanti,ilang la sengggugut tu.tapi IbuNoey bertambah pula.pakej dengan sakit kepala sekali.sampai dua hari pula tu.
DeletePendapat anda amat dihargai.