PENUHI KEPERLUAN ANAK

By Permata Malap - 10:30 am

Penuhi keperluan anak. Sudah menjadi kebiasaan dan rutin IbuNoey setiap kali balik dari tempat kerja, IbuNoey akan ambil anak-anak dari rumah pengasuh setibanya di rumah. Kalau tak penat, layankan dulu kehendak Firas yang nak main basikal di ruang legar rumah bersama anak pengasuh. Kalau penat, bawa anak-anak masuk rumah terus. Selesai menyusukan Farhan, barulah IbuNoey bergerak untuk masak menu makan malam.

Tapi semalam, oleh kerana sebelum balik ke rumah IbuNoey singgah dahulu di NSK Wangsa Maju, jadi masa itu agak terhad. Terkejar-kejar nak masak selepas ambil anak-anak. Masak pun untuk menu yang ringkas sahaja. Tapi sudah menjadi kebiasaan IbuNoey tidak mahu diganggu jika sedang melakukan sesuatu kerja terutama ketika memasak. Sebab tu la sebelum memulakan kerja masak memasak, IbuNoey pastikan Farhan menyusu dahulu.

Dalam pada sedang sibuk menyediakan bahan-bahan untuk dimasak, Firas datang dan minta buatkan susu. IbuNoey cepat-cepat cakap kat dia, "Nanti dulu. Bagi ibu siapkan kerja ibu dulu." Lepas tu, Firas mula merengek. IbuNoey pekakkan telinga sahaja. Selepas hampir 70% kerja IbuNoey siap, IbuNoey teringat permintaan Firas tadi. Rasa kasihan pula sebab tak layan dia tadi.

Dari dapur IbuNoey panggil nama Firas tapi tak ada balasan. IbuNoey fikir dia sibuk tengok cerita kartun di Astro. Astro kan ada siaran free sampai 31haribulan ni. Lepas tu, IbuNoey panggil sekali lagi. Masih tiada balasan. IbuNoey cuba intai ruang tamu dari dapur. Nampak Farhan sahaja yang sibuk tengok tv. Bila IbuNoey panggil nama Firas sekali lagi, automatik Farhan pandang ke satu sudut, kemudian dia tengok tv semula.

Lepas tu IbuNoey jenguk ruang tamu. Dan inilah hasilnya.


Aniq firas, anak tidur


Alahai.. Bila tengok muka Firas, timbul rasa bersalah sebab abaikan keperluan dia tadi. Mungkin dia tertidur dalam keadaan lapar. Rasa bersalahnya. Terfikir pula, bagaimana kalau pada masa akan datang, masa tu IbuNoey dah tua, minta anak-anak balik jenguk IbuNoey, tapi kemudian anak-anak cakap, "Nantilah, bu. Kami banyak kerja kat sini ni." Aduhai, apalah perasaan IbuNoey masa tu kan? Mesti lebih kurang perasaan yang Firas alami masa ni.

Jadi kesimpulannya, jangan kerap sangat melengahkan kehendak anak-anak. Lagilah kalau ianya adalah keperluan buat si anak. Siapa lagi yang nak menunaikan permintaan anak-anak kalau bukan kita sebagai ibu bapanya. Tapi biarlah permintaan yang hendak dipenuhi itu berpatutan. Pandai-pandailah kan. In shaa Allah, lepas ni IbuNoey cuba untuk lebih peka kepada permintaan anak-anak.

  • Share:

You Might Also Like

4 berkongsi idea

  1. saya pun pernah mcm ni..bila anak dah tidur rs bersalah sgt sbb xbuatkan susu time dia minta..mesti dia lapar & mengantuk sangat time tu...huhuuhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...tapi nak kejutkan dorang,rasa tak sesuai pula sebab dah tido..

      Delete
  2. alahai siannyaaa....dah tertidur....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah je yang tahu macam mana rasa bersalahnya saya masa tu,kak.

      Delete

Pendapat anda amat dihargai.