CONTOH SOALAN EXAM KPSL W27 2015

By Permata Malap - 10:00 am

Ok, seperti yang IbuNoey janjikan dalam entri INI, IbuNoey nak kongsikan soalan KPSL W27 untuk tahun 2015. Namun malangnya, IbuNoey hanya dapat kongsikan soalan bagi Seksyen A. Seksyen B pula IbuNoey tak sempat salin sebab IbuNoey ralit sangat nak jawab soalan nombor satu yang WAJIB dijawab.

Untuk soalan-soalan ni, IbuNoey just ambil isi penting sahaja. Kadang sebelum soalan tu, adalah pernyataan sikit. Tapi pernyataan tu kadang hanya untuk 'curi' masa kita. So, jom kita tengok soalan yang keluar pada tahun ni. 

kpsl n27



Seksyen A KPSL W27
1. a) Nyatakan dan berikan keterangan ringkas berkenaan perkara berikut:
        i) 4 Andaian Perakaunan (4 markah)
        ii) 4 Prinsip Perakaunan (4 markah)
   
   b) Proses Kitaran Perakaunan ada 8 peringkat. Nyatakan 4 peringkat (2 markah)

Nota : Untuk soalan ni, pastikan anda membawa buku rujukan Prinsip Akaun SPM. Semua jawapan untuk soalan di atas ada di dalamnya. Untuk makluman, soalan 1 WAJIB dijawab. Begitu juga untuk soalan 1 pada Seksyen B.


2. a) Siapakah pendaftar Wang Tak Dituntut? (1 markah)
    b) Apakah peranan Pendaftar Wang Tak Dituntut? (4 markah)
    c) Apakah yang dimaksudkan WTD? Berikan contoh mengikut kategori. (3 markah)
    d) Siapakah yang wajib membuat serahan kepada Pendaftar mengikut Akta WTD 1965? (2 markah)

Nota : Untuk soalan ni, sila rujuk portal ANM atau klik SINI. Jawapan kebanyakannya ada dalam tu.


3. a) Terangkan secara ringkas Sistem Penilaian Inventori berikut:
       i) Sistem Inventori Berkala            ii) Sistem Inventori Berterusan (2 markah)
    
   b) Terangkan secara ringkas kaedah penilaian inventori berikut :
       i) Kaedah Kos Purata 
       ii) Kaedah Pengenalan Khusus
       iii) Kaedah Masuk Dahulu Keluar Dahulu (FIFO)
       iv) Kaedah Masuk Kemudian Keluar Dahulu (LIFO) (4 markah)
 
  c) Nyatakan 4 kaedah lain selain di atas (b) (2 markah)
  d) Nyatakan 2 takrifan inventori (2 markah)

Nota : Untuk soalan ni, IbuNoey masih tak pasti kena rujuk buku mana. Nanti akan update dari masa ke semasa.


4. a) Tujuan Penyata Penyesuaian Bank (2 markah)
    b) 5 Sebab wujudnya perbezaan di Buku Tunai dan di Penyata Bank. (5 markah)
    c) Apakah yang harus dilakukan jika Pejabat Pemungut menerima Cek Tak Laku (CTL)? (3 markah)

Nota : Untuk soalan ni, pastikan anda membawa buku rujukan Prinsip Akaun SPM. Bagi soalan (c), perlu rujuk pada Arahan Perbendaharaan.


5. a) Hurai perbezaan skop pengauditan berikut:
       i) Pengauditan Kewangan (3 markah)
       ii) Pengauditan Pematuhan (2 markah)
       iii) Pengauditan Prestasi (2 markah)

    b) 2 objektif penubuhan Jawatankuasa Audit (3 markah)

Nota : Untuk soalan ni, pastikan anda ada buku berkenaan Pengauditan atau berkaitan dengannya. Dan jangan lupa bawa Pekeliling Perbendaharaan Malaysia berkenaan Audit.


6. a) 6 faedah ePerolehan kepada kerajaan. (6 markah)
   b) 4 fungsi e-Terimaan. (4 markah)

Nota : Untuk soalan ni, IbuNoey masih tak pasti kena rujuk buku mana. Nanti akan update dari masa ke semasa.


Soalan tamat. Itu sahaja yang IbuNoey dapat kongsikan. In shaa Allah, next time IbuNoey akan kongsikan maklumat-maklumat lain berkenaan exam KPSL W27 dan tips menjawab peperiksaan KPSL N27.

Kalau ditanya adakah IbuNoey yakin LULUS untuk exam KPSL W27 tahun ni, jawapannya adalah TIDAK kerana soalan 1 untuk Seksyen B agak mencabar minda IbuNoey. So, kena nyanyi lagu ni la..

Ku sudah biasa
Ku sudah biasa
Ku sudah biasa
Berpayah untuk kau

  • Share:

You Might Also Like

0 berkongsi idea

Pendapat anda amat dihargai.