JPA

AL FATIHAH BUAT NENDA

By Permata Malap - 2:30 pm

Semalam, IbuNoey mendapat berita mendukacitakan. Nenek sebelah arwah mak IbuNoey telah meninggal dunia. Dengan keadaan IbuNoey sendiri yang tidak sihat, dengan Farhan yang demam, memang perasaan agak goyah. Tapi hanya mampu menangis dalam hati.

Al-Fatihah buat arwah nenek. Baru sahaja minggu lepas IbuNoey memasang angan-angan untuk berjumpa arwah semasa balik bercuti sempena hari raya Aidifitri nanti. Nampaknya, impian hanya tinggal impian. Raya nanti hanya mampu menziarahi kubur arwah nenek.

Arwah nenek yang kami panggil dengan gelaran 'Inak' sememangnya agak rapat dengan kami adik beradik berbanding cucu-cucu yang lain. Mungkin kerana arwah mak dulu pun rapat dan cukup hormat dengan arwah Inak. Malahan arwah mak sendiri akan memarahi kami jika ada silap kata dan tindakan terhadap arwah Inak mahupun arwah Bapa Gemuk(datuk).

Sentiasa segar dalam ingatan IbuNoey, setiap kali balik ke kampung, Inak pasti menyambut dengan kucupan di dahi kami. Dan pasti ada hidangan ikan bakar untuk kami makan. Maklumlah, berjalan kaki dari jeti menuju ke rumah Inak tu agak memenatkan juga. Jadi mestilah lapar sebaik tiba di rumah Inak dan Bapa Gemuk.

Dan saat yang tak boleh dilupakan juga, setiap kali nak balik semula ke Felda, Inak pasti akan menangis bila bersalam-salaman dengan kami. Masa tu, kami adik beradik pun menangis sama. Hal yang sama masih berlaku selepas kehadiran cicit Inak; anak abang IbuNoey. Tetapi hal itulah yang semakin merapatkan hubungan kami. Dan alangkah, alangkah bertuahnya andai situasi yang sama boleh berulang lagi...

Maaf, IbuNoey tak mampu meneruskan coretan... Al-Fatihah buat arwah Timah binti Salleh. Amin.


Titipan Kasih : Mengurangkan kesedihan dengan melayan karenah anak.

  • Share:

You Might Also Like

2 berkongsi idea

  1. Al-fatihah..moga arwah nenek ditempatkan dikalangan orang yang beriman..amin

    ReplyDelete
  2. Innalillahi wa inna ilaihi roojiuun... salam takziah dari saya..

    ReplyDelete

Pendapat anda amat dihargai.