ANTI SOSIAL?

By Permata Malap - 3:00 pm

Anti sosial?| Sedang asyik memerhatikan Farhan main vacuum cleaner, mengelamun sebentar pasal perangai diri sendiri. Dah lama perasan benda ni tapi baru kali ni nak berkongsi di dalam blog.



Kalau dalam blog ni, IbuNoey rancak bercerita, rancak berkongsi kisah dan pengalaman, rancak berkongsi pendapat melalui komen, hakikatnya ketika offline, IbuNoey boleh dikatakan agak tidak rancak apabila bersembang. Nak kata anti-sosial, tak juga. Cuma tak berapa pandai nak bersosial.

Contohnya kalau terjumpa dengan jiran-jiran, kadang hanya senyuman yang mampu IbuNoey berikan. Nak bersembang, macam tak ada idea pula. Kadang kalau dapat bersembang pun, macam agak kekok. Nak pula kalau jarang dapat terserempak dengan jiran tu. Nak ubah dari satu topik ke topik yang lain tu, makan masa hampir dua tiga minit dalam keadaan senyap. Kenapa? Sebab ambil masa nak fikir apa topik nak dibualkan seterusnya.

Kalau di pejabat pula, walaupun IbuNoey tidaklah pendiam sangat, tapi memang IbuNoey agak jarang bersembang santai dengan member-member pejabat. Kadang dorang duduk sambil sembang, gelak, IbuNoey cuma duduk dan mendengar sahaja. Ada juga masanya menyampuk tapi jaranglah. Nak buat lawak lagilah IbuNoey tak reti. Bukan hilang sense of humour sebab IbuNoey tetap gelak kalau lawak. Cuma tak reti nak buat lawak.

Kalau ada majlis tertentu yang mana ramai yang IbuNoey tak kenal, memang akan menjadi sangat pendiamlah IbuNoey ni. Malu satu hal.

Teringin nak join majlis-majlis berkaitan blogger tapi terasanya macam susah nak bawa diri sendiri. Sudahnya tak tercapailah objektif nak merapatkan silaturrahim nanti kan. Agaknya macam mana ya nak ubah perangai ni? Macam mana nak pastikan IbuNoey boleh bergaul mudah dengan orang lain?

  • Share:

You Might Also Like

4 berkongsi idea

  1. Salam BW...
    Memula kot cmtu..sbb x kenal...
    nanti klu dah kenal...Okey ok.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memula memang malu,Nieyl.nanti kalau dah kenal pun tetap macam tak ada topik sangat nak sembang.hehe.

      Delete
  2. lebih kurang sama jelah kita ni, tapi saya sembang dengan kawan-kawan jela..kalau tak kenal malu nak tegur

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.memang sama.IbuNoey memang malu nak tegur orang yang tak kenal.tapi niat memang ada nak tegur.cuma ragu-ragu kejap,nak tegur ke tak nak.kalau dalam blog,terjah je.;)

      Delete

Pendapat anda amat dihargai.