INFO : FAKTA TENTANG EYELASH EXTENSION

By Permata Malap - 10:00 am

penyambungan bulu mata
Ehsan Mr.Google

Inginkan bulu mata yang panjang dan lebat? Tahukah anda, selain daripada mengenakan bulu mata palsu, anda juga boleh melakukan prosedur penyambungan bulu mata atau lebih dikenali dengan eyelash extension.

Berikut sedikit fakta berkenaan eyelash extension:

  1. Dihasilkan dalam pelbagai saiz, kepanjangan, ketebalan, dan warna.
  2. Boleh dipakai semasa tidur, berenang, dan apa jua aktiviti yang anda lakukan.
  3. Menambah kepanjangan dan kelebatan bulu mata.
  4. Disambungkan satu demi satu helaian.
  5. Penyambungan dilakukan dalam dua jam bagi satu set yang merangkumi sehingga 80 helaian bulu mata untuk setiap mata.
  6. Ia mampu kelihatan sama seperti bulu mata semulajadi sekiranya menggunakan gam yang berkualiti.
  7. Ia tidak menghalang pertumbuhan bulu mata asal kerana tidak disambung secara terus pada kulit.
  8. Bertahan dari tiga minggu hingga tiga bulan.
  9. Helaian bulu mata palsu yang dilekatkan akan gugur secara semulajadi ketika bulu mata asal mulai tumbuh.
  10. Tidak digalakkan memasang sendiri jika anda tidak terlatih dan mahir melakukannya.
  11. Prosedur penyambungan menggunakan gam kalis air dan penggunaan penyepit (tweezer).
  12. Tidak digalakkan untuk kanak-kanak di bawah usia 12 tahun dan kepada mereka yang mempunyai masalah mata sensitif.
  13. Eyelash extension perlulah dipastikan tidak basah dalam tempoh 12 hingga 24 jam selepas pemasangan.
  14. Alahan mungkin berlaku terhadap gam atau pelekat yang digunakan.
  15. Dilakukan secara helaian demi helaian untuk mengelakkan ianya terlalu berat jika dibuat dua atau lebih helaian sekaligus.

  • Share:

You Might Also Like

0 berkongsi idea

Pendapat anda amat dihargai.