KISAH HUJUNG MINGGU

By Permata Malap - 8:30 am

aniq firas
Tiada yang lebih menyeronokkan selain daripada meluangkan masa bersama anak-anak tersayang. Inilah telatah dan gelagat Firas dan Farhan bila dibawa keluar pada hujung minggu. Tak sangka anak-anak dah semakin besar.


aniq farhan

Farhan yang lebih selesa memakai baju tanpa lengan. Dia ni jenis yang cepat berpeluh. Jadi kalau pergi ke tempat yang tak melibatkan 'aircond' sangat, kenalah pakai baju begini.



Sementara menunggu AyahMal, sempat lagi Farhan mengusik kucing. Kalau dibandingkan antara Farhan dan Firas, Farhan agak berani budaknya. Setakat kucing, sekuat kudratnya cuba nak angkat kucing tu.






Inilah tujuan sebenarnya keluar di hujung minggu; mengambil gambar Firas sebab tahun depan nak masukkan dia ke tadika. Tapi buat masa ni, masih belum ditentukan tadika manakah yang sesuai untuk Firas. Mungkin lebih senang hantar ke tadika yang berdekatan dengan pejabat IbuNoey.

  • Share:

You Might Also Like

6 berkongsi idea

  1. alalalala cutenya nak main2 dengan meow oyen:):)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan setakat nak main,kak.habis dikerjakannya meow tu.kalau biarkan,memang tak bernafas kucing jadinya.budak-budak kan,tau nak main je.

      Delete
  2. hihih.. npe gmbar pasport dia begitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni kes tak nak kena ambil gambar sebenarnya.photographer tu bertabah je dengan karenah Firas masa ni.puas IbuNoey dengan AyahMal pujuk Firas suh tengok kamera.tak jalan juga.at last,photographer ambil gambar curi je.tu yang gambar macam tu.

      Delete
  3. sama dgn rania.rania pon berani dgn kucing. kalau nampak kucing kemain suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi mesti rania tak kerjakan kucing kan.Farhan ni tak boleh.habis telinga kucing kena tarik.

      Delete

Pendapat anda amat dihargai.