Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang sentiasa beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan itu ada jalan keluar dan pada setiap kesempitan itu ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka.:
-Riwayat Abu Daud-
Untuk keberkatan hidup, marilah kita mengucapkan istighfar sebagai amalan seharian kita. Sesungguhnya dengan istighfar itu, banyak manfaat yang kita boleh perolehi. Memohon keampunan daripada Allah S.W.T itu adalah satu kemestian kerana kita sebagai hamba-Nya pasti ada melakukan kesilapan sama ada kecil atau besar, sedikit atau banyak, sedar atau di luar kesedaran. Dengan istighfar juga, rezeki kita boleh bertambah. Ucapkanlah istighfar kerana ianya akan menghilangkan rasa bongkak dalam diri. Bukankah memohon kemaafan itu menunjukkan keegoan kita telah dibuang jauh?
2 berkongsi idea
salam singgah :)
ReplyDeleteterima kasih.nanti IbuNoey balas jejak ye.
DeletePendapat anda amat dihargai.