ATAS BERBALUT, BAWAH BERSELUT?

By Permata Malap - 9:10 am



Sudah menjadi lumrah seawal pagi selain hari minggu, pemandangan jalan raya dihiasi dengan kenderaan pelbagai jenis. Kecil, sederhana, besar, mahal, murah, beroda dua, beroda empat, baru, terpakai, semuanya ada. Kalau dilihat pada semua kenderaan, yang paling mudah dan menjimatkan masa adalah motosikal.

Di pagi tanpa hujan, boleh nampak motosikal memecut di sana sini. Masing-masing mencari rezeki demi keluarga mahupun demi diri sendiri. Tak kira sendiri mahupun bersama pasangan, masing-masing mahu sampai ke destinasi yang dituju. Ada yang melanggar peraturan, ada pula yang terlalu mengikut peraturan. Cuma, ada satu peraturan yang agak menyakitkan mata bila tidak dipedulikan.

Kepada wanita yang menaiki motosikal dan menjadi penumpang di belakang, tolonglah jaga aurat anda. Seawal pagi ni, IbuNoey agak terkejut melihat pemandangan di depan mata ketika melalui jalan sekitar SK Polis Depot, Jalan Semarak. Atas berbalut, bawah berselut. Maaf, bukan mahu menghina. Pakai tudung tapi kain terselak sampai ke atas lutut. Dah nampak macam pakai mini skirt pula. Hinggakan polis bantuan yang menjaga di tepi jalan boleh toleh terbeliak mata. Yang membonceng tu pun, tegurlah yang dibonceng. Mustahil la tak boleh nampak keadaan kaki orang dibonceng sebelum korang bertolak. Ini bukannya benda yang boleh dipandang ringan.

Kalau dah tahu nak naik motosikal, silalah pakai seluar tight di dalam ye. Sekurang-kurangnya kalau terselak sampai lutut pun, tak nampak gebu gebas kaki tu. Nak lagi elok, pakai track suit supaya tak nampak sangat bentuk kaki tu. Kalau tak ada track suit atau tight, pakai saja apa-apa yang ada asalkan ianya ada ciri-ciri seluar panjang. Tengok saja gambar di atas. Walaupun atas tak berbalut, bawahnya tak nampak selut. 




  • Share:

You Might Also Like

4 berkongsi idea

  1. Salam Khamis..
    singgah sini pagi ini..

    ReplyDelete
  2. kiasan tinggi tu ibunoey, atas berbalut bwh berselut..hehe. yong setiap kali naik motor msti pakai legging sbb pakai baju kurung kan, takut terselak. eh Sk polis depot dpn pulapol tmpt krja husb yong lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..tak tinggi manapun.cukup setakat utk mengingati sesama wanita.

      IbuNoey pun pakai legging gak kalau naik moto.seganlah nampak betis weh.

      Husband keja kat pulapol ke?

      Delete

Pendapat anda amat dihargai.