MYVI LANGGAR LARI

By Permata Malap - 2:00 pm







Myvi langgar lari. IbuNoey tak faham dengan pemandu yang sesuka hati buat jalan raya ni macam jalan dia sorang. Kalau tak reti ikut peraturan pun, janganlah sehingga membahayakan nyawa orang lain. Orang lain pun ada keluarga. Kadang kerana sikap pentingkan diri sendiri inilah yang banyak mengorbankan orang lain.

Erm, bunyi macam marah bebenar kan. Tajuk pun macam melibatkan kemalangan jiwa. Sebenarnya tak adalah melibatkan kemalangan jiwa. Cuma hampir disenggol je.

Kisahnya, semalam semasa nak balik ke rumah, macam biasalah kena menghadap jalan yang jammed. Dalam satu situasi, berbaris dalam dua line dan perlahan-lahan perlu membentuk satu line sahaja. Erk, faham tak faham. Ah, anggap paham je la ye.

Dijadikan cerita, di sebelah kanan IbuNoey, ada satu kereta Myvi bernombor plat WYA 481*. Cermin depan, belakang, tepi semuanya gelap. Pendek kata memang tak nampak bayang-bayang pemandu di dalam kereta tu pun. Sudah menjadi kebiasaan dan bolehlah dikatakan peraturan, apabila sampai keadaan perlu membentuk satu line, kenderaan perlulah masuk secara bergilir-gilir. Maksudnya, kenderaan pertama sebelah kiri masuk dahulu, diikuti kenderaan pertama sebelah kanan, diikuti kenderaan kedua sebelah kiri, dan seterusnya.

Tapi malangnya pemandu Myvi plat WYA 481* ni tak reti nak ikut kelaziman tu. Sepatutnya turn IbuNoey masuk dahulu, kemudian barulah dia masuk. Ini tak, dia boleh himpit IbuNoey yang berada di sebelah kiri dia. Nyaris terlanggar tau. Kalaulah IbuNoey ni jenis macam dia, yang tak reti bertolak ansur, IbuNoey biar je berlanggar. Boleh tengok siapa yang salah. Tapi malas nak kecoh-kecoh, IbuNoey tekan brake. Membebel jugalah sorang-sorang lepas tu.

Agaknya kan, kerana cermin dia yang teramat gelap tu, dia jadi buta, tak nampak kenderaan kat tepi. Dan cerita tak sampai di sini ye. Sampai je IbuNoey kat rumah, IbuNoey taip POLIS SAMAN WYA481* dan hantar ke 15888. Tujuannya nak tengok sama ada pemandu ni jenis yang memang tak reti ikut peraturan ke tak. Dan di bawah adalah hasilnya.

Saman dari bulan April tak reti nak bayar ke?
Kalau dilihat, dia disaman sebab parking sesuka hati. Kalau parking terlalu dekat dengan simpang, bahaya tau untuk pemandu lain. Bila pemandu lain nak keluar dari simpang tapi pemandangan tak jelas sebab ada halangan kereta yang parking sesuka hati, boleh mengundang kemalangan. So, kesimpulannya pemandu Myvi WYA481* ni memang suka membahayakan nyawa orang lain. Diharap korang jangan ikut perangai pemandu ni ye.

Saman yang dah dibayar tetapi kesalahan tahap kritikal


My Mind: Memang kalau nak hidup perlu berani tapi janganlah sehingga mempertaruhkan nyawa orang lain.

  • Share:

You Might Also Like

12 berkongsi idea

  1. Sah... pemandunya memang jenis yg tak ada disiplin, selfish dan org macam inilah yg memburukkan keadaan bila jalan jem.

    ReplyDelete
  2. kdg2 kita dah berhati2 tapi salah org lain kita jadi mangsa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan,eintan.kalau melibatkan kemalangan tu yang parah tu.

      Delete
  3. memang betul sakit hati ni sampai korek semua saman. tapi di situ kita dah nampak perangai org tu mcm mana. hmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sakit hati,aisya.salah satu sebabnya tak nampak muka driver.ahaha.

      Delete
  4. Replies
    1. Dahlah tak berhemah,menyusahkan dan membahayakan orang lain pula.

      Delete
  5. Itulah,kak zakie.gara-gara spesis macam ni,jalan yang tak jammed pun boleh jadi jammed.

    ReplyDelete
  6. haaa tu diaa
    kan dh kena.
    kita pulak yg blh tahu kan segslanya pasala dia.mmg selfish lh org mcm ni.
    ikut dan dia je asalkan dia dpat. puas hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la,cik sue.orang yang pentingkan diri sendiri ni la yang selalu bagi kesan negatif kat orang lain.

      Delete
  7. kami pakai kancil. disebabkan kecik selalu dibuli :(
    Aishah

    ReplyDelete
    Replies
    1. IbuNoey pun pakai kancil juga.tu kena buli ngan Myvi tu..;(

      Delete

Pendapat anda amat dihargai.