Akhirnya, setelah membebel di dalam entri SINI, kerinduan terubat juga walaupun di saat yang tidak sesuai. Rasa nak cium peluk my baby boy yang dah pun menjadi toddler. Melihat wajahnya, rasa nak menangis pun ada. Lagilah bila keadaan kurang sihat, sensitif je perasaan.
Kisahnya, hari Selasa sebelah pagi, AyahMal gerak ke Kluang bersama kawannya. Tapi kawan kali ni bukan kawan yang sebelum ni. Kawan AyahMal kali ni memang asal dari Johor juga. Dia pun jenis yang suka membantu. Pernah sekali kereta IbuNoey ada masalah, dialah yang tolong sebab masa tu AyahMal ada latihan menembak kat Sungai Besi.
So, bergeraklah diaorang ke Kluang. IbuNoey pula terlantar kat rumah sebab demam panas. Mujur masa tu adik lelaki cuti. So adik lelakilah bawa IbuNoey ke klinik. Farhan pula macam biasalah, IbuNoey hantar ke rumah pengasuh. So, dapatlah MC daripada doktor. Dan berehatlah. Petang sikit, baru minta adik lelaki ambil Farhan kat rumah pengasuh. Itupun start ambil dari rumah pengasuh sampailah nak tidur malam, adik lelaki yang banyak uruskan Farhan. IbuNoey memang tak mampu sangat masa tu. Menggigil tau.
Dek kerana tak sabar, banyak kali juga IbuNoey call AyahMal, tanya dah ada kat mana. Dalam pukul 9 malam, barulah AyahMal bagitahu diaorang nak gerak dari Kluang. Erm, kalau kira-kira, mau dekat pukul 1 pagi gak ni baru sampai KL. So, oleh kerana rasa tak sedap rasa, bawalah Farhan tidur awal. Sekitar pukul 1.30 pagi, IbuNoey tersedar. Rupanya AyahMal dah sampai. Masa tu, Firas masih kat ruang tamu. So, IbuNoey pun pergilah jenguk dia kat ruang tamu. Ya Allah, rasa nak cium peluk je dia masa tu. Rasa macam tak percaya pun ada. Tapi belum sempat IbuNoey nak peluk Firas, dia terus peluk IbuNoey. Masa tu, IbuNoey just peluk dan usap-usap kepala dia. Nak cium, risau terjangkit pula. Rasa bahagianya masa tu. Nak menangis pun ada. Emosi jadi tak stabil. Mungkin kesan daripada demam juga ni.
Dalam 20 minit gitu, IbuNoey minta AyahMal layan Firas dulu sebab IbuNoey nak sambung rehat dan tidur semula. Mata pun masih nak lelap sebab kesan ubat selsema. Bukan IbuNoey tak nak spend masa lebih dengan Firas tapi keadaan tak mengizinkan. Lagipun, in shaa Allh esok masih ada.
Al-hamdulillah, ya Allah. Bersyukur sangat kerana terubat juga kerinduan ni.
0 berkongsi idea
Pendapat anda amat dihargai.