TIPS PEMILIHAN TASKA DAN TADIKA

By Permata Malap - 11:30 am

Bagi ibubapa yang belum ada pengalaman menghantar anak ke taska atau tadika, berikut beberapa tips yang boleh dijadikan panduan.

1. Pastikan taska atau tadika berdaftar kerana jika ianya berdaftar, maka taska atau tadika tersebut selalunya memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh kerajaan.

2. Kenalpasti program atau aktiviti yang disediakan. Adalah seeloknya ia memberi manfaat kepada kanak-kanak.

3. Kenalpasti jenis bahan bacaan dan permainan yang digunakan. Pastikan ianya bersesuian dengan umur anak-anak.

4. Buat sedikit rondaan untuk melihat kadar keselamatan di tempat tersebut. Cuba bertanya sama ada pagar sentiasa ditutup dan dikunci. Boleh juga datang secara mengejut untuk memeriksa sejauh mana pematuhan keselamatan tersebut.

5. Tanya pendapat orang lain mengenai taska atau tadika tersebut. Zaman serba canggih kini lebih memudahkan perkongsian maklumat.

6. Pastikan nisbah antara guru/pengasuh dan anak-anak dalah bersesuaian agar anak-anak mendapat perhatian sewajarnya.

7. Cuba selidik caj lebih masa yang dikenakan sama ada berpatutan dengan keadaan anda.

8. Pastikan lokasi selamat dan persekitaran bersih. Pengaliran udara yang baik juga amat perlu.

Banyak lagi tips dan panduan lain yang boleh digunapakai di dalam membuat pemilihan taska atau tadika. Apa yang paling penting lakukanlah beberapa penelitian sebelum memilih taska atau tadika. Buatlah yang terbaik demi anak-anak.

  • Share:

You Might Also Like

4 berkongsi idea

  1. tips yg bagus bila dah ada anak nanti
    blh dijadikan sbg rujukan

    ReplyDelete
  2. boleh guna tips ni nanti :)

    ReplyDelete
  3. memang penting.
    saya pun guna tips ni semasa cari taska dan tadika untuk anak-anak saya dulu.
    alhamdulillah, sekarang ni 3 beradik ni masih di taska yang sama jugak

    ReplyDelete

Pendapat anda amat dihargai.