Wajah Putih Gebu dengan My Beauty Herbs Whitening Intensive Booster Skincare
By Permata Malap - 6:45 pm
Al-hamdulillah. Rezeki di tahun 2015, IbuNoey antara 50 orang blogger yang telah terpilih untuk mencuba satu produk penjagaan kulit muka melalui satu Giveaway anjuran kak Mialiana seperti di dalam entri di SINI. Jom kita lihat apa produknya.
Inilah produk tersebut. Produk diberi nama Whitening Intensive Booster Skincare keluaran My Beauty Herbs. Packaging yang cukup menarik dan menceriakan gabungan warna hijau dan merah jambu.
Set ini terdiri daripada MBH Whitening Booster Soap, MBH Whitening Booster Day Cream, dan MBH Whitening Booster Night Cream. Setiap satunya mempunyai fungsi yang tersendiri dan pastinya membantu para wanita yang inginkan kulit cantik berseri.
Ini adalah MBH Whitening Booster Day Cream. IbuNoey sukakan teksturnya yang halus. Antara fungsi krim siang ini adalah seperti melindungi daripada sinaran UV, melembut dan melicinkan kulit wajah, menyerikan wajah kusam, menghilangkan parut jerawat dan jeragat, serta banyak lagi fungsi lain. IbuNoey sendiri telah mengalami kesan positif hasil daripada penggunaan krim siang ini. Cara penggunaannya mudah sahaja. Sapukan dengan lembut ke seluruh kulit muka dan leher selepas membersihkan wajah dengan MBH Whitening Booster Soap.
Ini adalah MBH Whitening Booster Oxygenating Night Cream. Antara kegunaannya adalah mencerahkan kulit tanpa pengelupasan, menjadikan tona lebih sekata, lembut dan berkilau, serta fungsi lain yang pastinya memperbaiki kulit kita. Cara penggunaanya hanya dengan menyapu lembut ke seluruh kulit muka dan leher selepas membersihkan wajah dengan MBH Whitening Booster Soap pada waktu malam. Ingat, pakai pada waktu malam sahaja ya.
MBH Whitening Booster Soap pula mampu membantu menegangkan kulit, menghapuskan parut, jerawat, jeragat, memperbaharui sel kulit, dan pelbagai lagi. Cara penggunaannya, basahkan muka. Campurkan pembersih dengan air sehingga berbuih. Kemudian basuh muka dan leher secara urutan putaran dari bawah keatas. Bilas muka sehingga bersih dengan air. Disyorkan 2 kali sehari, pagi dan malam iaitu sebelum memakai MBH Whitening Booster Day Cream atau MBH Whitening Booster Night Cream.
APA PENGALAMAN IBUNOEY MENGGUNAKAN MBH WHITENING INTENSIVE BOOSTER SKINCARE?
Penggunaan selama hampir 30 hari sememangnya memuaskan hati IbuNoey. Jerawat yang membengkak menjadi surut dalam masa dua hari. Dulu, bukan main lama nak tunggu jerawat mengecut sehingga adakalanya gatal je jari jemari ni nak picit untuk keluarkan nanah tu. Sekarang, puas hati sebab cepat je untuk kecut dan yang bestnya, menghilangkan parut jerawat dan jeragat. Tak percaya? Sila lihat gambar di bawah.
Nampak tak jerawat atas kening tu. Kalau dipecahkan, mau berlubang lahar kat kulit. Tapi kerana menggunakan set MBH Whitening Booster ni, jerawat kecut dua hari selepas tu dan ada dot merah je yang tinggal. Dot sahaja tau, bukan parut.
Itu bab jerawat. Masuk bab kecerahan kulit pula. Bagi IbuNoey, selepas menggunakan produk MBH Whitening Booster ni, kulit nampak cerah dan licin. Selalunya selepas sembahyang Zuhur, IbuNoey apply semula MBH Whitening Booster Day Cream kat kulit muka. Dan guess what? Tak perlu dah pakai bedak sebab ia terus sekata dan tak melekit di muka. Muka pun nampak cerah je. Berbeza dengan sebelum ni yang mana IbuNoey perlu apply bedak di muka selepas menggunakan krim muka sebab nanti muka nampak berminyak.
Tentang pengelupasan, jangan risau tau. Produk MBH ni mencerahkan kulit tanpa pengelupasan. IbuNoey pernah ada pengalaman pahit di mana kulit muka mengelupas selepas menggunakan satu produk pemutihan kulit. Kulit putih memang putih tapi nak mendapatnya, kena rasa perit dulu. Namun dengan MBH Whitening Booster, tak perlu risau soal pengelupasan. Tak ada pengelupasan pun terjadi.
Dan yang paling IbuNoey suka pasal produk ni adalah ianya mengecilkan pori-pori wajah dan menghaluskan kulit. Cuba tengok gambar di atas. Di sebelah kiri adalah gambar sebelum menggunakan MBH Whitening Booster di mana kulit muka agak kasar, kusam, jerawat kecil di sana sini, pori-pori wajah kelihatan terutama di hidung. Selepas menggunakan MBH Whitening Booster, pori-pori berkurangan. IbuNoey cukup benci dengan pori-pori kat batang hidung tu sebab lama-kelamaan ianya akan menjadi jerawat dan kemudian hidung pun merah macam badut. Namun dengan MBH Whitening Booster ni, tak perlu risau dah jerawat di hidung. So kepada sesiapa yang ingin melembutkan dan melicinkan kulit wajah atau menyerikan wajah kusam, jom cuba set MBH Whitening Intensive Booster Skincare ni. Mesti puas hati punyalah.
SEDIKIT TIPS : Pastikan anda memakai MBH Whitening Booster Night Cream ketika hendak tidur sahaja. Elakkan memakainya sekiranya anda masih melakukan aktiviti lain untuk mengelakkan krim mencair. Sapukan secara tipis sahaja ya.
Giveaway Whitening Intensive Booster Skincare : Review Produk dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh My Beauty Herbs. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.
8 berkongsi idea
Wah menarik tgk.. best kalau xde pengelupasan tu...
ReplyDeletenmpk lebih comey hehe.gudluck kak
ReplyDeletewahhhh, cantik gebu gitu
ReplyDeletegud luck Ibuneoy
Salam... Terima kasih sudi hantar entri review ini di
ReplyDeletehttp://www.mialiana.com/2015/04/giveaway-whitening-intensive-booster.html
Entri ini layak untuk ke peringkat seterusnya di
http://www.mialiana.com/2015/04/giveaway-whitening-intensive-booster_27.html
Keputusan akan diumumkan pada 11 Mei 2015.
Gud luck (^_^)
- Mia Liana -
makin berseri..good luck ye
ReplyDeletetahniah ya...
ReplyDeletehttp://www.mialiana.com/2015/05/pengumuman-pemenang-giveaway-whitening.html
Tahniah2, sis mng lg....;-)
ReplyDeleteTerimakasih atas informasinya, saya harap tulisan ini bermanfaat buat siapa saja yang membacanya.
ReplyDeletePendapat anda amat dihargai.