HANTU : REALITI ATAU MENTALITI?

By Permata Malap - 11:00 am

Beberapa hari lepas, ambil kesempatan belek-belek kerja pasal tanah. Manalah tahu ada yang terlepas pandang. Belek punya belek, terpandang satu tanah yang diduduki oleh jabatan di Baling. Jabatan IbuNoey bina pusat latihan di sana. Dulu, Hospital Baling dibina atas tanah tu. Dek kerana ianya bekas tanah Hospital Baling, adalah beberapa cerita yang agak seram gitu.

IbuNoey sendiri mengalami satu kejadian pelik ketika menginap di sana. Kes tu berlaku dalam tahun 2010 kalau tak silap IbuNoey. Masa tu, IbuNoey menjadi urusetia untuk satu kursus. Nak dijadikan cerita, dua malam sebelum tamat kursus, pihak penganjur buatlah satu makan malam untuk kesemua peserta kursus. Makanan memang sedap-sedap belaka la. Selain tu, ada diselitkan aktiviti berkaraoke. Ahahaha, malu nak cakap tapi itulah, IbuNoey join menyanyi malam tu. Lagu 'Memori Daun Pisang', duet dengan sorang member ofis. Suara? Ahahaha. Satu bintang pun belum tentu dapat.

Lepas dah habis majlis tu, kami pun balik la ke asrama. Bilik untuk perempuan kat tingkat atas. Kalau pegawai, ada bilik khas kat tingkat bawah. Water cooler pun kat tingkat bawah. IbuNoey masa tu tak teringat nak ambil air sebelum naik bilik beramai-ramai. Bila dah sampai bilik baru teringat. Lepas tu, turunlah ke tingkat bawah untuk ambil air kat water cooler. Sorang-sorang tau. Masa ambil air tu, ada la meremang sikit bulu tengkuk ni. Tapi abaikan sahaja. Dah sudah tu, balik la ke bilik.

Keesokan harinya, masa nak bersarapan, IbuNoey dah rasa semacam je badan ni. Lenguh-lenguh gitu. Bila start je kelas kursus, badan makin rasa semacam. Seram sejuk. Lepas tu mengadu kat member. Member minta excuse dengan pegawai untuk bawa IbuNoey berehat kat surau sebab nak pergi asrama, kena menapak jauh sikit. Lagipun macam tak sesuai je pergi asrama setakat kami berdua. Seram tau.

Sampai di surau, IbuNoey pun baring. Terlelap sekejap. Lepas tu terasa ada satu tangan hinggap kat dahi IbuNoey. Rupanya tangan member. Dia cakap, "Eh, panas badan ko ni." IbuNoey hanya pandang je. Dah tak larat rasanya. Masa makan tengahari, pegawai perempuan datang ke surau dan tengok keadaan IbuNoey. Lepas tu, dia kata malam ni tidur kat bilik dia je. So, malam tu, tidurla kat bilik dia. Al-hamdulillah, memang caring sangat pegawai ni walaupun masa kat ofis agak garang orangnya.

Nah, pelik tak kejadian yang IbuNoey alami? Ahahaha, mana ada pelik. Standard la kalau demam tiba-tiba sebab beralih suasana. Kat Baling agak panas. IbuNoey ni pula jenis yang mudah jatuh sakit kalau keadaan sekeliling berbeza dari kelaziman. Cuma, ada la member yang cakap, IbuNoey tersampuk hantu. Sebabnya kawasan asrama yang kami duduki tu agak keras. Rasanya bekas tapak dewan bedah tak silap. Entahlah. Tapi bagi IbuNoey itu semua mentaliti manusia. Hanya kerana ianya bekas tapak hospital yang mana terdapat banyak kematian yang mungkin telah berlaku di situ, terus dilabel sebagai tapak berhantu. 

Kalau pun berhantu, bukan hantu sebenarnya. Itu semua angkara syaitan yang menyerupai mengikut mentaliti manusia. Kalau manusia bayangkan hantu jepun, hantu jepun la keluar. Kalau manusia bayangkan hantu pesakit, syaitan menyerupai hantu pesakit la jadinya. Tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan syaitan sebab jarang berpenghuni. Macam asrama tu, bukannya setiap hari ada orang duduk. Jadi kemungkinanan syaitan bertenggek dan jin bertandang di situ memanglah tinggi. So rasanya tak perlu melabel satu tempat yang jarang berpenghuni atau tidak berpenghuni sebagai tempat berhantu. Kalau berhantu, rasanya kaki suntik takkan layan tempat-tempat tak berpenghuni ni.

  • Share:

You Might Also Like

7 berkongsi idea

  1. alhamdulillah, nasib baik tak jadi apa-apa kan

    ReplyDelete
  2. Dalam Islam syaitan dan jin memang ada tapi kita ni lebih suka sebut hantu
    Sebenarnya jin dan syaitan tu tak cerdik tapi sebab kita tak boleh nampak dia itu yg kita jadi takut IbuNoey. Kakak ni lagilah jenis pengecut tau. Kadang nak ke dapur kalau malam sunyi pun kejut abang temankan..

    ReplyDelete
  3. ish berani pulak akka turun malam ambik air
    klo yumida mmg penakut. tp benar la akak cakap. yg membayangkan hantu tu, imaginasi kita je yg lebih. especially org lemah semangat, lagi suka jin/syaitan nak kacau
    moga kita semua dilindungi olehNya di mana sahaja

    ReplyDelete
  4. biasanya kita ni terbayang2..tu sampai mentaliti jadi teringat2..syaitan sebenarnya kan

    ReplyDelete
  5. jin, syaitan mmg ada... Tapi kdg perasaan kita mnjadikan jin dan syaitan mengacau kita..

    ReplyDelete
  6. ibunoey.. kadang2.. bayangan kite yang lebih.. hihi.. kalau kite kuat semangat inshaAllah.. selagi kita tak ganggu dia kan..

    ReplyDelete

Pendapat anda amat dihargai.