Bulan lepas, ada terbaca keluhan seorang blogger ni dalam entri SINI. Bila baca keluhannya tu, teringat masa IbuNoey dalam proses melatih Farhan menggunakan botol susu. Yelah, kita yang bekerja ni, tak bolehlah kerap sangat balik rumah untuk menyusukan baby. Mengamuk pula bos nanti. Lagipun jarak antara rumah dan pejabat IbuNoey agak jauh. Ditambah lagi dengan jalan jammed.
Masa dalam proses latihan tu, agak bingung jugalah sebab dah bermacam puting IbuNoey tukar tapi masih tak nak juga Farhan tu menyusu guna botol susu. Perhatian : Botol susu berisi susu ibu ye.
Bermula daripada puting dan botol jenama Avent, cuba pula Tommee Tippee, Pigeon, MAM, NUK, dan sebagainya, masih tak dapat juga membuka selera Farhan untuk menggunakan botol susu. Kiranya sama macam kes blogger ni la. Lepas tu, IbuNoey try la google. Kebanyakan kata baby suka Pigeon Peristaltic Plus sebab lembut dan menyerupai puting ibu. Tetapi Farhan memang tak nak juga. Last sekali, masa jalan-jalan kat Econsave, terjumpalah satu puting jenama Japlo. Bentuk hujung puting tu macam NUK sikit tapi lagi kecik saiz putingnya. Dalam hati IbuNoey masa tu, "Okey, agaknya anak ibu ni nak puting biasa-biasa je kut." So, grab satu dan try bagi Farhan. Mula-mula dia tolak juga. Tapi keesokannya, bila cuba lagi, barulah dia nak. Bersyukur sangat masa tu.
Dan sehinggalah ke hari ini, Farhan masih setia menggunakan puting tu. Cuma dah berubah saiz la. Dulu pakai S, sekarang pakai M. Beza tang lubang aliran susu je pun. So, kepada dik Ayuzan, cubalah bagi puting macam gambar kat bawah ni untuk baby. Manalah tahu dia nak juga kan. Kesian juga kena minum guna sudu. Usaha tangga kejayaan tau, Ayu.
6 berkongsi idea
anak kite pon memula reject botol.. kite try puting pigeon tu, dia reject jugaq.. tp esoknya bila hantar nursery, elok je dia mnum, hikhik~
ReplyDeletetu la susah jua ye lau anak xmo botol..kena ajar awal2 dalam pantang minum susu ibu dlm botol
ReplyDeletemesti runsing bila anak takmo guna botol utk menyusu. nasib baik jumpe jln penyelesaian. info yg bagus buat bakal ibu mcm kami ni
ReplyDeletetq for sharing kak...
ReplyDeletesaya kagum dengan akak sebab tak putus asa untuk beri yang terbaik untuk anak anak.
ReplyDeleteAlhirnya mahu juga dia minum susu botol...sesuai dah kot dengan puting citarasanya...
ReplyDeleteAlhamdulillah..
Pendapat anda amat dihargai.