HAMIL TRIMESTER AKHIR : APA YANG PERLU DILAKUKAN?

Kehamilan peringkat trimester akhir sememangnya satu cabaran besar buat ibu mengandung. Bermacam ketidakselesaan timbul. Berikut beberapa tips untuk mengatasi ketidakselesaan yang berlaku.

1. Pilih coli yang selesa. Adalah sebaiknya menggunakan coli menyusu dengan saiz yang bersesuaian kerana ianya boleh digunakan setelah melahirkan nanti.

2. Pakai kasut yang bersesuaian. Elakkan kasut bertumit tinggi.

3. Pilih kerusi yang mempunyai sokongan untuk bahagian belakang tubuh.

4. Kekalkan postur yang baik  untuk mengelakkan anda berasa sesak nafas.

5. Digalakkan menggunakan bantal kehamilan ketika tidur untuk melegakan tekanan di bahagian paru-paru.

6. Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap untuk mengelakkan pedih hulu hati.

7. Letakkan bantal di kaki supaya kedudukan kaki lebih tinggi. Ini dapat mengurangkan bengkak kaki.

8. Ketika tidur, cuba mengiring ke sebelah kiri.

9. Pakailah pakaian yang diperbuat daripada fabrik yang dapat menyerap peluh.

10. Minum air secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi kerana pada saat ini, anda akan mudah berasa panas dan berpeluh.

Apa yang paling penting, sentiasa bersikap positif dan bersyukur dengan rezeki yang diberi. Percayalah, ketidakselesaan semasa hamil dan kesakitan semasa melahirkan, pasti akan terubat setelah lahirnya permata hati anda.
Kongsi Artikel Ini :
+
Previous
Next Post »
1 Komen untuk "HAMIL TRIMESTER AKHIR : APA YANG PERLU DILAKUKAN?"

seronoknya menantikan detik-detik kehadiran baby baru
miss that moment

Pendapat anda amat dihargai.

 
Copyright © 2014 Langit Berpelangi - All Rights Reserved - DMCA
Template By Kunci Dunia