JANGAN BERJANJI KALAU TAK SUDI

By Permata Malap - 1:13 pm

Hari ni, dengan rasa bengkak hatinya, nak meroyan sekejap gara-gara janji. Dengan perut yang sakit sebab rutin bulanan, memang mood tak baiklah jawabnya.

Kisahnya, anak sulung IbuNoey dah lama duduk kat rumah atoknya. Dah hampir sebulan. Mengapa dan bagaimana Firas boleh duduk sana, next time IbuNoey cerita. 

Oleh kerana kaki AyahMal dah sembuh 90%, maka AyahMal nak ambil Firas kat kampung. Tapi yang menjadi persoalannya, siapa yang drive memandangkan IbuNoey tak berani bawa kereta manual. AyahMal pula masih belum boleh drive kereta. Kalau kereta auto mungkin bolehlah sebab tak guna kaki kiri. Tapi kereta auto IbuNoey tu tak boleh dibawa sampai ke Kluang. Tahap prestasi kereta auto IbuNoey cuma sekadar bergerak ke Negeri Sembilan je.

Jadi, dengan yakinnya, AyahMal bagitahu ada kawannya yang sudi menolong untuk membawa AyahMal balik ke Kluang. Kiranya nanti cuma AyahMal dan kawannya yang pergi ke Kluang untuk mengambil Firas. Kebetulan, kawan AyahMal tu dapat cuti. 

Ikutkan jadual, sepatutnya Jumaat tengahari minggu lepas diaorang gerak. Tapi bila IbuNoey contact AyahMal, dia kata perjalanan dibatalkan sebab kawannya ada hal kecemasan. Jadual ditunda kepada hari Isnin pagi iaitu hari ni. So okeylah, takpelah. Kecemasan kan. Lagipun kita ni minta tolong dengan orang.

Dan semalam, bila teringat hari ni AyahMal akan gerak ke Kluang, berbungalah hati. Tak sabar wei nak jumpa Firas. Penat berendam air mata rindukan dia tau. Dalam hati berdoa je, semoga perjalanan AyahMal dipermudahkan hari ni. Tapi pagi ni, terima Whatsapp dari AyahMal kata perjalanan dibatalkan sekali lagi sebab kawan AyahMal ada kecemasan lagi. Adoi la, berapa kali banyak kecemasan dah? Kalau rasa tak sudi nak tolong, cakap je la awal-awal. Hal kecemasannya pula macam tak dapat diterima akal.

Ye, IbuNoey tahu kami yang minta tolong kat dia. Tapi kalau bagi alasan yang tak relevan, macam ralat pula rasanya. Nampak sangat sebenarnya tak sudi nak tolong kami. Sekarang ni dah macam mana? Ikutkan hati IbuNoey, nak je drive kereta auto ni pergi ambil Firas kat Kluang tu. Sampai tak sampai, belakang cerita. Tapi bila fikirkan Farhan, tabahkan je la hati ni.

Last choice, kenalah tunggu hari Khamis ni untuk atok dan nenek Firas datang ke Kuala Lumpur. Berapa hari lagi tu weh... 

P/S : Tindakan yang sepatutnya adalah tunggu atok dan nenek bawa pulang Firas ke KL. Tapi, harus diketahui, berat langkah atok dan nenek untuk bawa pulang Firas tu.

  • Share:

You Might Also Like

2 berkongsi idea

  1. iyala kan.
    kalau tak sudi tolong bagitahu la awal-awal
    kita boleh ikhtiar cara lain pulak

    ReplyDelete
  2. Tak patut buat org lain tertunggu tunggu. Kalau tak sudi better terus terang je..
    maybe pahit tapi rasanya tu yang terbaik kowt

    ReplyDelete

Pendapat anda amat dihargai.