Pagi ni, seperti biasa, memandu dengan berhemah menuju ke pejabat. Hari ni, terserempak dengan beberapa buah kereta yang dipandu dengan cara agak berbahaya. Memotong secara mengejut sebab bagi signal sekali kelip sahaja, memotong di barisan yang tak sepatutnya, memotong secara zig zag, dan macam-macam lagi. Agaknya hari ni ramai yang lewat kut. Tu yang bawa ikut sesuka hati.
Dan ketika hampir melalui bawah flyover Lebuhraya Plus, terlihatlah seorang pemandu yang baru keluar dari Duke. Dia telah melakukan dua kesalahan jalan raya dalam masa yang sama. Pertama memotong secara salah dan kedua memandu sambil bercakap di telefon. Sepatutnya pemandu tu tak boleh memotong untuk masuk ke jalan yang dilalui IbuNoey. Dia perlu memandu ke hadapan lagi dan membuat pusingan U untuk masuk ke jalan yang dilalui IbuNoey.
Kalau dilihat dari segi pemakaiannya (sebab IbuNoey sempat usha pemandu tu), IbuNoey tahu dia bekerja di salah satu tempat yang agak havoc dan melibatkan nyawa. Dan berkemungkinan, panggilan yang diterima adalah panggilan kecemasan dari pejabat. Dan mungkin dia sedang terkejar-kejar sebaik sahaja menerima panggilan tu. Tapi tak sepatutnya dia bertindak sebegitu kerana ia boleh membahayakan nyawa orang lain. Mengejar kecemasan tapi bakal menyebabkan kecemasan yang lain.
Cemas, cemas juga. Jangan sampai membahayakan nyawa sendiri dan orang lain.
Gambar sekadar hiasan. Sumber : Google |
7 berkongsi idea
tak sayang nyawa tu kak... saya pun kadang2 geram juga bila tengok ...org memandu sambil bercakap di telefon dah tu menyebabkan kesesakan jalan raya..
ReplyDeleteTakut nnt org lain yg salah..org lain yg cedera
ReplyDeletembhayakan org lain pun xptut juga kan kak =)
ReplyDeletegerun tgk org yg pandu laju especially kat selekoh
ReplyDeleterasa ngilu je tengok
gerun tgk org yg pandu laju especially kat selekoh
ReplyDeleterasa ngilu je tengok
sebab tu saya takut nak bawa kereta. pemandu2 sekarang ni perangai macam pelesit. dia buat jalanraya tu macam bapak dia punya.
ReplyDeletekadang-kadang kerana kecuaian orang lain, orang lain yang dapat musibah
ReplyDeletePendapat anda amat dihargai.