CANDLE LIGHT DINNER YANG SIMPLE

By Norfitri Hamdani - 7:30 pm

ayam goreng, telur masin, terung kicap, sup telur, ulam raja

Ahahaha.. Candle light dinner sangat kan. Sebenarnya, bukan candle light dinner pun sebab makan buka lampu juga, bukan pasang lilin. Ni cuma dinner biasa. Hasil usaha sama suami isteri. Berkat gitu..

Semalam lepas balik kerja, macam biasalah, layan si kecil. Lepas tu ada aktiviti sedikit dalam 45 minit gitu. Apa aktivitinya? Next time IbuNoey kongsi yer.

Kemudiannya, bermulalah sesi masak-memasak. Sebenarnya telur masin dan terung masak kicap tu lauk kelmarin. Masih elok lagi, tu yang jadi lauk tambahan dinner semalam. Tak elok membazir tau.


resepi, ayam goreng, ayam goreng kunyit, sambal ikan bilis, sambal belacan

Lauk sebelah ayam goreng tu, sambal ikan bilis belacan. Itu permintaan daripada AyahMal sebab dia nak makan dengan ulam raja. Bahan-bahan dan cara memasaknya, semua AyahMal yang ajar. Resepi daripada mak mertua sebenarnya. Nak resepi ke? Next time tau.


pegaga, ulam, jenis ulam

Dan al-hamdulillah, licin lauk semalam. Of course la licin sebab tak banyak mana pun. Tapi yang lucunya, adik lelaki IbuNoey macam pelik tengok ulam raja ni. Dia tak pernah tengok dan tak pernah makan. So, semalam dia cuba makan tapi tak boleh nak go on katanya. Suka hati ko la,dik.

  • Share:

You Might Also Like

4 berkongsi idea

  1. Haha...budak budak sekarang memang tak makan ulam. saya pun bukan semua sayur saya telan.

    ReplyDelete
  2. ulam raja... dah lama x makan..

    ReplyDelete
  3. Macam sedap jer sambal ikan bilis belacan tu...nak jugak resipinya..
    Sesuai sangat dengan ulam raja tu..

    ReplyDelete

Pendapat anda amat dihargai.