ISU ANAK MAUT DAN TANGGA BERGERAK

By Permata Malap - 12:00 pm

Baru-baru ni, kita dikejutkan dengan satu kejadian menyayat hati apabila seorang kanak-kanak berusia 6 tahun maut setelah jatuh dari Tingkat 2 di bangunan Kenanga Wholesale City. Video rakaman kejadian tersebut dan gambar keadaan kanak-kanak malang tersebut setelah terjatuh tersebar di internet dan berita. 

IbuNoey sendiri tersentuh hati melihat detik-detik malang kanak-kanak tu. Terbayang rasa bagaimana sakitnya dan takutnya ketika terselit di celah-celah tangga bergerak itu. Keseronokan bermain bertukar ketakutan. Ya Allah, sayu rasa hati IbuNoey. Pasti masa itu, kanak-kanak malang tersebut mengharapkan bantuan ibubapanya. Pasti ketika itu, mesti dia teringatkan ibubapanya.

Jika dilihat dari video rakaman, ramai yang menyalahkan seorang wanita berbaju putih berhampiran kanak-kanak malang itu kerana lebih mengutamakan menjawab panggilan telefon daripada memantau keadaan anak sendiri. Tak kurang juga ada yang menyalahkan pihak pengurusan Kenanga Wholesale City kerana kawasan tangga bergerak yang tiada ciri keselamatan.

Entahlah, IbuNoey tak berani nak salahkan sesiapa dalam hal ni. Tapi kalau difikir secara logik, pemantauan ibubapa itulah yang amat penting dalam memastikan keselamatan anak-anak selain daripada keadaan persekitaran yang selamat. Jika kita sebagai ibubapa gagal memantau dan mengawasi pergerakan anak-anak, tak mustahil kejadian sebegini berlaku. Jika kita tidak ambil kisah apa yang berlaku dan dilakukan oleh anak-anak di depan mata, sudah semestinya kejadian yang tidak diingini boleh berlaku.

IbuNoey ambil contoh satu kejadian yang IbuNoey saksikan baru-baru ni di KL Festival City. Ketika IbuNoey melangkah menuju ke Econsave, terpandang seorang ayah bersama anaknya berdekatan tangga bergerak. Rasanya anaknya dalam  lingkungan setahun lebih sebab masih belum cekap berjalan. Agak terhuyung-hayang gitu. Pada masa tu, si ayah membawa anaknya menuju ke tangga bergerak. Dan kemudian, dia letak anaknya di tangga pertama sementara dia berdiri di belakang anaknya iaitu di tangga kedua. Maksudnya dia biarkan anaknya berdiri di tangga bergerak sedangkan sepatutnya anak seusia itu perlu didukung, bukannya dipimpin ketika menaiki tangga bergerak.

Mengucap panjang IbuNoey bila lihat keadaan tu. Si anak pula pada ketika tu memakai kasut material seperti kasut Crocs. Setahu IbuNoey, dah banyak kes kanak-kanak tersepit di tangga bergerak kerana kasut material seperti itu. Kalau ditakdirkan anaknya tersilap langkah, agak-agak apa yang akan terjadi? Si ayah pula dengan wajah gembira sepertinya tak terfikir ada bahaya menanti yang mungkin boleh berlaku bila-bila masa. Mungkin dia gembira melihat anaknya gembira. Mujurlah mereka sampai juga di tingkat seterusnya tanpa ada kejadian buruk yang berlaku.

Dalam kes tu, kita boleh nilai kan betapa pentingnya pemantauan ibubapa? Kadang bagi kita benda tu remeh sahaja dan mungkin seronok untuk dilakukan. Tapi perlu diingatkan, tak semestinya apa yang seronok untuk anak-anak itu boleh menjamin keselamatan anak-anak. Bagi anak-anak, semuanya seronok. Malah bermain pisau atau api pun seronok bagi mereka. Cuma yang menentukan keseronokan kekal menjadi keseronokan adalah ibubapa itu sendiri. Kalau kita gagal, jangan tuding jari kepada orang lain jika keseronokan bertukar kesedihan. Nauzubillah min zalik.

P/S : Ketika melihat mereka, mahu saja IbuNoey jerit pada si ayah bahawa tindakannya tu salah. Tapi tak terjerit pula. Tersekat di kerongkong. Geram pula pada diri sendiri sebab sepertinya IbuNoey tak membantu dalam hal ini.

  • Share:

You Might Also Like

2 berkongsi idea

  1. sokong yg akak cakap
    pemantauan ibu bapa tu yg penting
    lgpun malang tu x berbau
    kita x tahu bila2 masa je benda buruk blh berlaku
    berwaspada

    ReplyDelete
  2. saya memang tak berani nak tengok video tu.
    sedih sangat

    ReplyDelete

Pendapat anda amat dihargai.