SINOPSIS DAN REVIEW FILEM CCTV

By Permata Malap - 9:30 am

Sinopsis dan review filem cctv



SINOPSIS
Ini bermula dengan kisah seorang lelaki, Hariri, yang bekerja sebagai seorang juruteknik televisyen litar tertutup (CCTV). Pada satu malam, Hariri telah mendapat panggilan daripada ketuanya dan diarahkan untuk membaiki kerosakan CCTV di sebuah hospital lama. Walaupun berasa berat hati, namun dia terpaksa akur dengan arahan ketuanya itu. Ketika sedang membaiki CTV yang rosak di hospital berkenaan, nasib Hariri agak kurang baik apabila dia tiba-tiba terjatuh dan pengsan serta mengalami kecederaan apabila kakinya patah. Kemudian, apabila dia sedar ketika mendapatkan rawatan di hospital lama berkenaan, dia berhadapan dengan beberapa kejadian aneh yang berlaku. Antaranya, dia bertemu dengan seorang lelaki buta yang pelik, seorang gadis kecil yang terbakar, seorang wanita Cina yang sedang sarat mengandung serta seorang doktor gila yang mengendalikan hospital berkenaan dengan caranya tersediri. Bagaimanapun...

PELAKON
Aeril Zafrel, Hasnol Rahmat, Ardell Aryana

PELAKON PEMBANTU
Vanessa Lim, Dr. Martin, Eagavalli, Jeff Omar

REVIEW DARI LANGIT BERPELANGI
Secara keseluruhannya, cerita CCTV ni taklah seseram seperti yang IbuNoey harapkan. Bagi IbuNoey, daripada 10 bintang, mungkin cuma boleh bagi 3.5 bintang sahaja. Tiada apa yang menarik. Melihat cerita suku jalan pun dah boleh teka apa sebenarnya yang berlaku. Tiada apa yang misteri sebab sebaik sahaja melihat hantu yang berapi, pakaian dan solekan jururawat yang ala 80-an, perkakasan hospital yang agak kurang moden, semua tekaan IbuNoey terhadap jalan cerita benar belaka. Pelakon-pelakon pula sepertinya tidak benar-benar menghayati watak masing-masing. Agak kelihatan kaku bagi IbuNoey.

Kebiasaannya, IbuNoey akan berulangkali menonton sesebuah cerita itu jika ianya memberi kesan yang memuaskan buat IbuNoey. Namun secara terus terangnya, ini kali pertama dan terakhir IbuNoey menonton cerita ini. Tiada siaran ulangan selepas ini. Namun jika anda tidak mampu menahan keangkeran filem seram seperti The Conjuring atau Insidious, mungkin anda bolehlah cuba menonton filem ini.


  • Share:

You Might Also Like

4 berkongsi idea

  1. Replies
    1. ye,MG.tapi bagi IbuNoey, takla seram manapun citer CCTV ni.boleh setakat nak jamu mata kalau dah tak ada cerita nak tengok.

      Delete
  2. Dah lama tak layan cerita seram

    ReplyDelete
    Replies
    1. IbuNoey ni memang peminat tegar cerita seram.mesti nak tengok.tapi cerita CCTV ni tak menepati kehendak IbuNoey.:(

      Delete

Pendapat anda amat dihargai.