GOSSIP ALAF BARU

By Permata Malap - 2:21 pm

penggunaan Whatsapp


Siapa sini yang tak ada Whatsapp? Korang rasa apa kebaikan Whatsapp ni untuk kegiatan harian korang? Mudahkan kerja? Senang dapat informasi? Senang sampaikan informasi? Atau mudah bergosip?

Terus-terang IbuNoey cakap, Whatsapp ni ada baik dan buruknya. Tapi rasanya lagi banyak yang buruk kut. Kenapalah pulak kan? Okey, ini pandangan secara peribadi. Terpulanglah dengan korang nak fikir macam mana kan. Secara peribadinya, bagi IbuNoey, Whatsapp ni salah satu penyebab untuk penularan berita palsu. Berbanding Facebook kan, Whatsapp lagi cepat rasanya. Kenapa ya? Entahlah, susah nak jelaskan. Mungkin sebab kalau kita join banyak group, lagi banyak berita yang diterima. Dan kalau kita jenis yang suka menyampai ni, memang cepatlah berita tu tersebar.

Kedua, secara peribadinya, Whatsapp ni menyebabkan info-info yang lapuk masih dihantar. Kadang, kes tu dah selesai tapi masih lagi diperkatakan. Contohnya, perasan tak ada satu jenis mesej ni yang menyatakan bahawa penggunaan Whatsapp percuma akan ditamatkan kecuali jika kita forward mesej tu. Sebelum korang dengan pantasnya forward mesej tu, cuba buka Whatsapp korang sekarang. Klik Settings, lepas tu klik Account, kemudian klik Payment Info. Cuba tengok kat Service Expiration. Hah, lu fikirlah sendiri lepas tu ye.

Kemudian, secara peribadinya, bagi IbuNoey, Whatsapp ni pun penyumbang kepada ketiadaan komunikasi antara manusia. Yelah, kadang suami isteri atau pasangan kekasih sedang menikmati makan malam bersama. Kononlah makan malam bersama. Hakikatnya, masing-masing pegang handphone. Ya, tak semestinya dorang layan Whatsapp kan. Tapi kadang itulah hakikatnya. Nak-nak lagi kalau orang tu ada banyak group kan. Dari pagi sampai malam melayan Whatsapp. So, mana kualiti masa bersama orang tersayang tu?

Okey, last. Banyak lagi sebenarnya tapi malas nak fikir lagi. Secara peribadinya kan, Whatsapp ni penyumbang kegiatan gosip atau bahasa kasarnya mengumpat. Siapa kata duduk diam depan tv, basuh kain guna mesin basuh, atau duduk hadap kerja pejabat yang tertangguh, tak boleh bergosip. Handphone ada di tangan. Dalam pada sibuk dengan kerja seharian, gosip la pasal seseorang dalam Whatsapp tu. Lagi mudahkan. Kalau dulu nak bergosip, bertandanglah ke rumah jiran, pot pet pot pet dalam telefon, terkedek-kedek dekat meja kawan sepejabat. Sekarang, di hujung jari je. Walaupun kawan tu dok sebelah meja je, nak bergosip, hantarlah Whatsapp. Bos takkan perasan punyalah. Dan yang penting orang yang berkenaan (jika berada berhampiran) takkan terasa atau terdengar korang bergosip pasal dia. Lagi best kalau ada group Whatsapp. Boleh berjemaah menggosip seseorang. Betul tak betul?

Penutupnya, majulah Whatsapp demi kehidupan. Cettt, apa yang IbuNoey merepek ni. Ahahaha. Tak adalah. Bagi IbuNoey tu je la, Whatsapp ni lagi banyak keburukan daripada kebaikan. Serupa je dengan Facebook. Cuma, terpulang pada diri sendiri macam mana nak handle keburukan tu. Kan keburukan tu datangnya daripada diri kita sendiri jua. IbuNoey sendiri akan tetap menggunakan Whatsapp walau sedar banyak keburukan daripada kebaikan. 




  

  • Share:

You Might Also Like

5 berkongsi idea

  1. Setuju sangat ibuneoy. Nak sangat kembali ke zaman sebelum ada internet yang maju sangat ni

    ReplyDelete
  2. SETUJU DGN IBUNOEY WHATSHAPP KALAU DIGUNAKAN UTK KEBAIK BAIKLAH HASILNYA DAN SEBALIKNYA UTK PERKARA2 YG TIDAK BAIK..

    ReplyDelete
  3. betul tu kak..whatsapp pun buat org lalai je asyik borak2kat group..

    ReplyDelete
  4. wassap sy agak kurang aktif. wassap hb aktif sbb dia suka masuk group. sampai group resepi pun dia masuk. hihi. resepi buat kek

    ReplyDelete
  5. betul cakap akak tu. selama ni saya tak pernah terfikir pun perkara ni. tak sangka whatsapp ni sebenarnya boleh membawa banyak kebaikkan daripada keburukkan.

    ReplyDelete

Pendapat anda amat dihargai.