PENYELAMAT DI PAGI ISNIN

By Permata Malap - 12:27 pm


Pagi ni, sebelum pergi kerja, belek dompet. Ada duit syiling je dalam dompet. Ahaha. Kes lupa nak cucuk duit la ni. Nak cucuk duit pagi-pagi ni, lewat la jawabnya sampai pejabat nanti. So, pergi je la pejabat dengan dompet yang berisi duit syiling sahaja.

Dalam pada melayan kesibukan trafik, perut berkeroncong pula. Tak boleh jadi ni, kena beli sarapan dulu sebelum punch kad. Tapi, duit syiling pun kurang dari dua ringgit, nak buat macam mana ye?

Fikir punya fikir, tergerak hati nak jenguk ruang khas letak syiling dalam kereta. Dan, tada.. Jumpa 6 keping not RM1. Al-hamdulillah, boleh beli sarapan sebelum punch kad. Tak perlu susah-susah nak pinjam duit atau cucuk duit.

duit malaysia, dashboard kereta
Tapi kan, lepas beli sarapan dan punch kad, IbuNoey kena pergi cucuk duit juga sebab nak isi minyak. Nanti jadi macam kes macam dalam entri SINI pula.

P/S: Entri merapu sebab banyak entri lain yang tengah dalam proses penyusunan ayat.

  • Share:

You Might Also Like

3 berkongsi idea

  1. Itulah kadang selit-selit duit bila terdesak berguna juga kan..:)
    Alhamdulillah masih ada rezeki lagi
    Bayangkan mereka yg mengemis tu belum tentu nak dapat RM6/- pepagi hari nak beli sarapan.

    ReplyDelete
  2. aah kan kak kdg2 kita suka selit duit, bila digeledah jumpa duit keping note
    zaman kecik dulu yumida paling suka simpan duit kat bwh lipatan baju dlm almari
    tempat rahsia konon, padahal semua org suka letak kat situ

    ReplyDelete
  3. Allah memang nak tolong akak masa tu. Alhamdulillah...

    ReplyDelete

Pendapat anda amat dihargai.