KESAN DELETE AKAUN WHATSAPP

By Permata Malap - 12:00 pm

Kisah berlaku awal bulan lepas. Atas sebab-sebab tertentu, IbuNoey terpaksa delete akaun Whatsapp IbuNoey. Mudah je kalau nak delete akaun Whatsapp, masuk kat bahagian setting dan korang akan masuk ke page seperti di bawah.



Korang cuma perlu masukkan number korang yang korang daftar untuk akaun Whatsapp tu. Seperti dalam gambar di atas, kalau korang delete akaun Whatsapp korang, salah satu kesannya adalah korang akan keluar dari kesemua group dalam Whatsapp yang korang dah masuk. Tapi dalam group tu, korang tak akan dikatakan 'leave group' tau. Sebaliknya dikatakan 'removed'. Nampak seperti korang kena removed oleh admin group.

IbuNoey pun pada mulanya tak tahu. Sehinggalah IbuNoey aktifkan akaun Whatsapp IbuNoey semula. Nak dijadikan cerita, ada sorang Admin group sekolah menengah tanya macam mana IbuNoey boleh di'removed'kan daripada group sedangkan dia tak removed IbuNoey pun. Dia siap bagi screeshot dan minta maaf lagi. Yelah, dia fikir mungkin dia tertekan atau anak dia yang tertekan masa tu.

Lepas tu, IbuNoey cakaplah, masa tu IbuNoey delete akaun Whatsapp. So mungkin istilah removed tu sebab akaun IbuNoey telah di'removed'kan dari Whatsapp. So, kepada Admin group, kalau tiba-tiba ada ahli yang di'removed' tanpa pengetahuan anda, berkemungkinan besar ahli itu teleh men'delete' akaunnya. Jangan gelabah, okey.

My Mind: Patutlah ada suara-suara sumbang dok kata IbuNoey kena buang dari group. Jangan ko mo memandei-mandei.


  • Share:

You Might Also Like

2 berkongsi idea

  1. Assalamualaikum . Boleh sy tanya, selepas delete account whatsapp, bolehkah aktifkan semula menggunakan nombor yang sama? Dan adakah kita akan dimasukkan semula ke dalam group2 yang dah 'diremoved'?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam,saudara/saudari.

      Selepas delete akaun Whatsapp, kita boleh aktifkan semula menggunakan nombor yang sama. Tapi kita takkan dimasukkan semula ke dalam group2 yang dah di'removed' melainkan admin group add kita semula ke dalam group.

      Harap penjelasan ini membantu.

      Delete

Pendapat anda amat dihargai.