Bila AniqFiras Beraksi

By Norfitri Hamdani - 8:44 am

AniqFiras dah besar... hehe, seiring dgn tumbesarannya tu, ada je benda yang dibuatnya.. kadang-kadang buat geram, kadang-kadang buat tergelak...

Dalam dua, tiga hari lepas, dia buat sesuatu yang di luar jangkaan. masa tu kami tengah tgk tv. AyahMal pula tak ada, sebab keluar kejap jumpa kawan dia... so, tinggallah IbuNoey dan AniqFiras berdua. dia ni walaupun dah menyusu susu formula tapi masih tetap nak susu ibu. kadang-kadang sekadar nak ngempeng je pun, lepas gian. so,macam biasa, bila depan tv, sibuk nak ngempeng kejap.

Sejak beberapa hari ni, IbuNoey perasan gigi taring AniqFiras dah tumbuh. tapi baru keluar sikit. tajam .jadi bila dia ngempeng, memang IbuNoey rasa pedihla kan. kali ni pula, dia mungkin terketap gigi dia. terus IbuNoey tolak dia jauh sikit sambil marah dia. dia pula terus terlentok sambil pejam mata. mula-mula IbuNoey buat tak tahu je. tapi IbuNoey tengok dia statik je tak bergerak.. ah, sudah.. pengsan ke anak aku nih? IbuNoey panggil dia. tapi dia senyap. lepas tu, IbuNoey tepuk pipi dia. dia buka mata sikit.. laaa... pura-pura rupanya.. agaknya dia dah takut la tu sebab kena marah.. cemas IbuNoey. hehe.. bila ingat balik gelagat dia tu, nak tergelak je.. pandai dia nak buat ibu dia cemas.

Walau apapun, IbuNoey bersyukur dengan kurniaan Allah ni... semoga AniqFiras membesar sempurna dan menjadi anak yang soleh serta mentaati Ayah dan Ibu.. Aamiin.

Aniq Firas


  • Share:

You Might Also Like

7 berkongsi idea

  1. Geramnyer tengok dia sengih... comel betul :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..memang kalau sengih comel je..

      Delete
  2. comel! pandai dia berpura2 yer...

    ReplyDelete
  3. comel la kak.. pandai dia berpura2 yer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..memang,jijah..byk akal da kan..

      Delete
  4. amboi2, pandai betul dia kan.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..budak zaman sekarang,sha...

      Delete

Pendapat anda amat dihargai.