Siapa pernah buat Magic? dan siapa pula minat Magic? hehe.. IbuNoey ni bukanlah peminat tegar pada Magic ni. sebab adakalanya cara sama je cuma orang yang membuatnya berbeza. IbuNoey pun ada sedara yang buat Magic ni. tapi tak pernah tengok dia buat secara live depan IbuNoey le..
Nak dijadikan cerita, 2,3 hari lepas, IbuNoey singgah Econsave kejap lepas office hour sebab nak beli susu AniqFiras. hehe, tapi macam biasa, kalau IbuNoey pergi shopping sendiri, ada je la benda lain yang nak beli. lagipun sementara menunggu kereta dicuci kan.. erm, ntah apa-apa barang yang IbuNoey beli. so far, untuk kegunaan jugak pun. hehe.. nak cover..
So, lepas dah selesai bayar dan keluar dari pintu Econsave, tiba-tiba sorang budak Cina yang dok di booth Magic tegur IbuNoey. katanya nak tunjuk satu Magic kat IbuNoey. memang sebelum ni, IbuNoey selalu nampak booth Magic ni masa keluar shopping dengan AyahMal. tapi itulah, selalunya macam nampak banyak benar customer dorang. jadi, kami tak pernahlah ditegur oleh orang-orang Magic tu.. dan kali ni IbuNoey terkena. haha..
Lepas tu, budak tu pun tunjukkan satu Magic sponge arnab. dari arnab kecil jadi arnab besar lepas dah makan sponge lobak. hehe.. lepas tu, dia tunjukkan Magic lain pula. masukkan gegelung dalam rantai sekelip mata. yang ketiga, Magic teka umur guna kad. yang ni IbuNoey dah tahu trick dia macam mana. cuma saja je nak biarkan dia buat Magic dia. dan kali ni, dia cakap kat IbuNoey, kalau dia silap teka umur IbuNoey, dia nak belanja minum Chatime. tapi kalau dia teka betul, dia nak IbuNoey beli barang Magic dia. IbuNoey angguk je.
Lepas tu, dia pun buat Magic guna kad tu.. hehe, kalau IbuNoey nak peningkan dia, senang je. tapi IbuNoey buat yang betul-betul jugak. dan dia pun dapatlah teka umur IbuNoey.
Lepas tu, dia buat Magic lain pula. dia kata nak pinjam duit RM50 sekejap untuk tunjukkan Magic seterusnya. mula-mula IbuNoey macam ragu-ragu sikit nak bagi. tapi tak apalah. takkanlah dia nak bawa lari RM50 di tengah-tengah orang ramai ni kan. so, IbuNoey pun bagi pinjam. dia buat Magic guna pen pula. dia kata nak tebuk duit RM50 tu. IbuNoey senyap je. dan lepas tu, ya, dia tebuk duit RM50 tu guna pen Magic dia. tapi IbuNoey tahu trick dia. terus IbuNoey suruh dia tarik duit tu ke atas dan ke bawah. tapi dia pusing-pusingkan duit tu je. bila IbuNoey nak pegang pen tu, dia tak bagi. haha, trick kamu tak menjadi, dik...
Kemudiannya, dia kata oleh kerana dia dah dapat teka umur IbuNoey sebelum ni, dia nak IbuNoey beli barang Magic dia. IbuNoey kata boleh tapi nak tahu harga dulu. dia offer yang pen tu. after diskaun, harga jadi RM75. adoiii.. gila mahal. IbuNoey fikir setakat RM30 ke. lepas tu, IbuNoey kata tak dapatlah nak beli. dia paksa juga IbuNoey beli. IbuNoey bagi banyak lagi alasan.
Lepas tu, dia offer barang lain pulak. dia offer kad teka umur tu. bila tanya harga, adoi, macam tak berbaloi. RM50 lepas diskaun tau... bukannya tak boleh buat sendiri kad macam tu... IbuNoey kata tak bolehlah sebab duit RM50 yang dia pinjam tu je yang IbuNoey ada. nak pergi bayar basuh kereta lagi, nak isi minyak kereta jap lagi. dia paksa juga IbuNoey beli. lama jugak kami bersorong tarik papan.. last-last dia kalah. dan dia pun bagi balik duit yang dia kononnya dah tebuk tadi. memang nampak frust la dia. tapi itulah, IbuNoey memang tak nak beli barang Magic dia kalau dah mahal sebegitu. kalau murah macam mana pun, belum tentu IbuNoey nak beli. yelah, bukannya ada keperluan sangat pun nak buat Magic.
Hem, macam-macam cara nak cari rezeki sekarang kan? dari Magic terus jadi trick. yelah, mula-mula buat Magic. lepas tu buat trick supaya orang beli barang dia. IbuNoey ada nampak sorang customer lain tu macam dah terkena je. sebabnya dia beli juga barang Magic kat booth tu. hehe, IbuNoey pun kira bernasib baik. sebab masa keluarkan duit RM50 dari purse, IbuNoey tak buka purse menghadap budak tu. jadi dia tak nampaklah banyak mana duit yang ada kan. so, bolehlah bagi alasan duit dah tak ada, nak berjimat. haha...
Lepas ni, kalau pergi KL Festival City Mall, memang elak la daripada lalu kat tepi booth Magic tu lagi. tobat dah nak bagi alasan...
UPDATE 10/09/2015 : Booth tu dah tak ada sekarang ni. Bisnes tak jalan kut.
6 berkongsi idea
hisshhh taktik nak lakukan barang dia tu.. pastu macam memaksa pulak.. myampah tau!
ReplyDeletehaha..tula,jijah..lama gak akak dok bagi alasan kat budak tu..
Deletemahal jugak barang2 magic dia tu. sy kalau org tarik2 suruh tengok produk ni sy cukup pantang, biarlah orang nak kata sombong pun. kalau sy nak, sy boleh datang tengok sendiri. paksa2 org tengok mmg nak kena sound lah jawabnya.
ReplyDeleteakak masa tu mood tgh baik.jd singgah je la..kalau x.mmg x layan,dik..hehe..
DeleteDorang ni mmg mmcm2 tau..trick org jer..brg tak seberapa harga...mmg nak cr duit jelah...
ReplyDeleteThen bab suka memaksa tuh...aduhai...itu yg suka larikan diri dari booth yg suka memaksa org tuh...
selagi boleh elak,kita elak,kan?kan?hehe..
DeletePendapat anda amat dihargai.