Punca Sakit Mata



Argh.. tolong,, IbuNoey sakit mata.... dah bengkak sikit dah mata belah kiri ni...

Sebenarnya dari petang semalam lagi mata ni rasa tak selesa. masa tu lepas solat Zuhur. tetiba mata rasa cam pedih je.. kelip-kelip sikit pun pedih.. lepas tu, duduk kat kerusi, aircond pulak meghala betul-betul ke meja IbuNoey.. jadi bila terkena hembusan angin aircond tu, bertambah-tambah pedihnya. berair..

Balik dari ofis semalam, tawakal je dengan mata pedih. sampaikan pemandu kereta sebelah pelik je tengok IbuNoey dok tutup sebelah mata masa berhenti kat traffic light. tiba kat rumah, masih tak reda juga. malam sikit baru okey. jadi dapatlah update page WanitaGorgeousCollections kat dalam Facebook tu.. tapi rasa tak selesa kat mata masih ada.

Lepas tu, hari ni sepatutnya ada kursus kat Bangi. tapi pagi tadi, masa nak bangun dari tidur, mata tak boleh nak buka. pedih sepedih-pedihnya. hinggakan IbuNoey tepuk-tepuk AyahMal kat sebelah, konon nak minta tolong. AyahMal selamba je cakap, nanti pergi klinik je.. aduhai, dahlah IbuNoey kena pergi kursus hari ni. tapi serius, memang tak boleh nak buka mata. at last, IbuNoey minta Ayahmal tolong taip sms kat kawan ofis, bagitahu yang IbuNoey tak dapat nak pergi ke Bangi sebab tengah sakit mata.

Pukul 9 pagi, pergilah klinik RSAT... ramai orang pulak. dah lama menunggu, mata IbuNoey cam dah tak pedih. cuma dah macam bengkak sebelah. then , IbuNoey decide nak pergi ofis je, tak payahlah minta MC sebab IbuNoey rasa larat lagi nak drive ke ofis. so, now, IbuNoey dah ada kat ofis. mata belah kiri memang nampak bengkak la.. lepas tu, bila kena aircond kat ofis ni, pedih balik.

Agak-agaknya apa punca IbuNoey sakit mata ni?


___AUTOPUBLISH___

Kongsi Artikel Ini :
+
Previous
Next Post »
13 Komen untuk "Punca Sakit Mata"

sakit mata..teringat dulu masa kena.. time solat rukuk n sujud mak aih.cam nak keluar biji mata..

tak pasti la kak.. dah cuba letak eyemoo? lg satu jgn gosok2 yer..

Merah tak mata dear? Lepas ni kalau masih tak ilang pedih2 mata tu pegilah klinik lagi sekali.. Mana tau kot ada infection apa2 ke..
ZON PERMAISURI CHOMEL

akak dulu masa kecik-kecik kerap kena..tapi tak ingat cam mana rasanya..

dah cuba tapi pedih lagi..hehe,dah gosok2 dah pun..

dah gi klinik tadi..doc bagi ubat dah..

moge cepat sihat ibunoey.. pergi la klinik check.. inshaAllah akan baik tak lame lagi..

kalau duduk dalam bilik aircond dlm masa yg lama, prepare eyemo satu dalam beg.. bila rasa2 mata kering tu akak titiskan eyemo.. tp tak tau la kes akak ni sakit mata tak.. huhu

dah pegi klinik..pedih dah kurang ckit..tapi bengkak tak surut lagi..

macam tak sakit mata..allergic je kut..sebab tak merah pun..cuma bengkak la..

moga cepat sembuh ya,mesti tak selesa bengkak mata kan :(

Memang gawat kalau sakit mata...bangun tidur tahi mata penuh...ingat waktu kecik2 dulu...

akak pulak tgh mengalami sakit bisul...

moga cepat sembuh
mmm, tak pasti la.

guna eyemo

Pendapat anda amat dihargai.

 
Copyright © 2014 Langit Berpelangi - All Rights Reserved - DMCA
Template By Kunci Dunia