Al-hamdulillah.. ramai dah yang selamat pulang dari kampung kan.. ada jugak yang masih sambung cuti. kat ofis IbuNoey pun sama. masih banyak kerusi yang kosong kerana pemiliknya masih berada di kampung..
Hehe.. entri ni nak cerita pasal perancangan cuti raya yang tak menjadi. last minute punya kes, gigit jari la IbuNoey... ikutkan tahun ni, IbuNoey punya turn untuk decide nak balik beraya kat mana kan.. siap berangan-angan nak makan macam-macam lagi bila dapat balik kampung kat Sabah nanti. sila KLIK untuk entri berkaitan.. haha.. nasi kuning la, nasi lalap la, latto la, kuih lada la.. at last, hancur lebur... dan akhirnya, beraya la kat kampung mak mertua.. nuu kat Kluang, Johor.
Tapi balik Kluang pun tak kurang bestnya. seronok makan masakan mak mertua. IbuNoey sejak mengandung kali ni, tak berapa suka makan ikan. tapi bila dapat makan ikan tenggiri masak lemak yang mak mertua masak, licin pinggan. siap berebut dengan AyahMal lagi..
Perancangan sebelum balik Sabah tempohari, nak sewa kereta masa kat Tawau nanti. maklumlah, kereta yang ada kat sana pun milik abang kandung IbuNoey. pulak tu, 'rakyat' dia ramai. setengah dozen. satu kereta tu pun belum tentu muat dorang anak-beranak. so, decide nak sewa kereta besar. nanti bolehlah muat untuk IbuNoey, AyahMal, kakak tersayang dan suami, adik lelaki, bapa, serta dua orang anak saudara IbuNoey. setakat sewa dua hari, cukuplah. sebab nak sangat beraya kat rumah makcik sedara belah arwah Mak yang terletak jauh di bandar Tawau... dah survey, IbuNoey pun booking la dengan satu tempat kereta sewa ni melalui online. siap bayar deposit RM50 lagi. tapi bila dah terpaksa membatalkan rancangan nak balik Sabah tahun ni, terus maklum kat company tu, nak cancel booking. orang tu ok je dan bagi balik deposit tu kat IbuNoey... dan tahun ni, tak jadiklah beraya dengan kereta sewa sebaliknya bersama kereta AyahMal. huhuhu..
Memang sedih bila terpaksa membatalkan perancangan last minute. tapi nak buat macam mana, demi tugas.. lagipun silap IbuNoey jugak... hehe.. tahun ni, memang tak buka lagu raya langsung. tak nak kang tetiba terdengar lagu 'Airmata Syawal', 'Balik Kampung', 'Dari Jauh Ku Pohon Maaf', mesti laju je airmata ni turun kan.. budak-budak ofis masa seminggu nak raya lagi dah buka lagu raya. IbuNoey dok senyap je. padahal IbuNoey ni juara buka lagu kat ofis..
Tapi, al-hamdulillah.. walaupun tak ada rezeki IbuNoey nak balik Sabah tahun ni, tapi bapa IbuNoey akan datang ke KL pada 29/08 ni bersama adik lelaki IbuNoey. cuma kakak kesayangan IbuNoey je la yang tak dapat jumpa AniqFiras. last jumpa pun masa AniqFiras 6 bulan. memang dia terkilan sangat bila IbuNoey tak dapat balik. IbuNoey pun terkilan sebab tak dapat nak makan masakan dia.. haha.. tak apalah, ada rezeki jumpa juga nanti..
Itulah kata pepatah, kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan.. apa-apapun masih berpuas hati dengan cuti raya tahun ni.. al-hamdulillah...
4 berkongsi idea
alahai sygnya.. dah macam2 perancangan ada kan..xpelah kak.. bila2 leh balik.. tahun depan balik la sabah.. meriah sikit ada 2anak dah..hee
ReplyDeletehehe..tu la,jijah..tapi raya tahun depan pun mungkin tak balik gak sebab bapa akak nak dtg kl..
Deletemg lain kali impian tertunai
ReplyDeletehehe..tu la,kak..sabo je la..
DeletePendapat anda amat dihargai.