Tips Balik Kampung Dengan Selamat

Hah, ni tiba masa nak balik raya kan.. mungkin dah lewat sikit nak bagi entri kategori ni. yelah, mesti ramai dah yang balik kampung sekarang ni. dah bersenang-senang pun. eh, kalau balik kampung, kena la dok buat kuih raya, pasang langsir, dan buat mana-mana persediaan yang sepatutnya.. ye dak?

Ok, kali ni, IbuNoey nak bagi serba sedikit tips balik kampung dengan selamat. ini khususnya untuk yang menaiki kenderaan sendiri.. manalah tahu kut ada yang terlupa. jadi, IbuNoey nak mengingatkanlah...

  • Pertama, pastikan kereta anda diservis terlebih dahulu. tukarlah apa yang patut ditukar. yang ni memang AyahMal selalu buat bila tiba turn balik kampung dia. biarlah berkorban duit sedikit daripada ada nyawa yang terkorban.
  • Kedua, keselamatan rumah yang ditinggalkan amat penting. jadi pastikan anda memaklumkan kepada jiran-jiran yang tidak balik kampung mengenai ketiadaan anda. dan pastikan jiran anda itu boleh dipercayai. ini pun biasanya AyahMal buat. tak kira turn balik kampung dia atau balik kampung IbuNoey.
  • Ketiga, walaupun dah maklumkan ketiadaan anda pada jiran tu, janganlah sampai rumah tak dikunci ye.. ni penting ni. dan sila cabut kepala tong gas anda untuk mengelakkan berlaku kebakaran. ye lah, kut tiba-tiba gegelung bocor ke.. yang ni pulak selalunya IbuNoey yang buat. 
  • Keempat, pastikan semua suis yang tidak digunakan diletakkan pada keadaan 'off'. jimat elektrik anda nanti..
  • Kelima, bagi yang mempunyai first aid, pastikan barang-barang di dalamnya adalah cukup, bersesuaian, dan lengkap. bagi yang mempunyai bayi, pastikan keperluan bayi adalah mencukupi.
  • Keenam, sebelum memulakan perjalanan, terutama bagi perjalanan melebihi 2 jam, pastikan anda (sebagai pemandu) mendapat rehat dan tidur yang secukupnya. ini selalunya IbuNoey memang praktikkan pada AyahMal. biarlah gerak lewat sekalipun, asalkan dia cukup tidur. 
  • Ketujuh, pastikan tekanan angin tayar dalam keadaan sempurna. pastikan juga air kereta diisi secukupnya. ini memang AyahMal buat..
  • Kelapan, bacalah Bismillah, doa menaiki kenderaan dan surah Ayatul Kursi sebelum memulakan perjalanan.
  • Kesembilan, jika anda (sebagai pemandu) mengantuk, carilah R&R berdekatan untuk berehat atau tidur sekejap. IbuNoey biasanya akan ajak AyahMal berhenti sekejap untuk pergi tandas ke.. tapi tujuan sebenarnya nak bagi AyahMal rehat.
  • Kesepuluh, kalau bolehlah, pastikan salah seorang penumpang tidak tidur. ini untuk mengelakkan pemandu mengantuk sebab tak ada kawan nak bersembang. kalau IbuNoey, bila dalam perjalanan nak balik kampung AyahMal, memang tak tidur lah jawabnya. ada je benda nak sembang untuk elak AyahMal daripada bosan dan mengantuk.

Hah, itu je la tips yang IbuNoey dapat bagi. ni tips umum je. mesti ramai yang dah tahu tapi kadang-kadang terlupa.. jadi, selamat mengamalkan tips yang ada. dan semoga perjalanan anda semua dipermudahkan dan selamat sampai ke destinasi. Amiiiin.. sehingga berjumpa lagi.. tatatata...











Kongsi Artikel Ini :
+
Previous
Next Post »
4 Komen untuk "Tips Balik Kampung Dengan Selamat"

wah .. terima kasih 4 info .. jom jalan2 kat blog saya .. banyak resepi masakan di sana

http://ohresepi.blogspot.com/

bgus tip2 ni...Blogwalking here.,...btw,,visit and follow me on shukranzahari.blogspot.com ..Happy blogging

Pendapat anda amat dihargai.

 
Copyright © 2014 Langit Berpelangi - All Rights Reserved - DMCA
Template By Kunci Dunia