Wahai Si Pengasuh,Ikhlaskah Kamu?

By Permata Malap - 11:30 am

Wahai si pengasuh... kami rasa berbesar hati dapat hantar anak kami ke jagaan dan asuhan kamu. apatah lagi bila ada orang mengatakan kamu lembut orangnya, bicara sederhana. kerana itulah kami memilih kamu sebagai pengasuh kedua buat anak kami setelah pengasuh pertama gagal melaksanakan tugasnya dengan baik. kami tak mengharapkan yang cemerlang dari kamu.cukuplah yang terbaik..

Wahai si pengasuh, alangkah beruntungnya kami kerana mendapat pengasuh seperti kamu. tiap kali balik dari kerja, anak kami cergas dan gembira dalam jagaan kamu. malah, bersih dan kemas sahaja. tidak seperti sebelum ini semasa dalam jagaan pengasuh pertama. kami sangat gembira dan sentiasa memuji kamu di hadapan rakan-rakan kami. harapan kami, biarlah kamu terus menjadi pengasuh anak kami.

Wahai si pengasuh, belum pun setahun berlalu, kamu mulai berubah. mungkin disebabkan semakin ramai anak-anak di bawah asuhan kamu... kamu mulai merungut. padahal telah kami terangkan pada masa itu, keadaan memaksa kami untuk mengambil anak kami lewat sedikit.. sedaya upaya kami terangkan, ia cuma sementara tapi kamu masih merungut dan mula berkira.

Wahai si pengasuh, kami sayangkan anak kami. malah sebolehnya, kami mahu meluangkan masa sepenuhnya dengan anak kami. seboleh-bolehnya kami ingin segera sampai ke rumah dan mengambil anak kami. tapi kami ada tugasan dan keadaan tertentu yang menghalang. itupun hanya buat sementara. malangnya, kamu tidak mahu memahami. sedangkan kami boleh bertolak ansur jika kamu meminta cuti kecemasan.

Wahai si pengasuh, bila kami tawarkan diri untuk bagi bayaran lebih masa demi menghilangkan rungutan kamu, sikit pun kamu tak menolak. tak apalah, bagi kami pun memang kami patut bagi bayaran lebih masa. kami sedia maklum jerit perih mengasuh budak sekecil anak kami yang semakin menaik lasaknya. lebih-lebih lagi semakin ramai anak-anak asuhan kamu. tapi apa yang mengecilkan hati, bila kamu ambil cuti dua minggu, kamu buat muka tidak puas hati masa kami nak potong duit asuhan. sedangkan kami cuma potong bayaran seminggu sahaja. malah apa yang kami perhatikan kini, anak kami tidak seperti dulu. adakalanya bila balik rumah, dia letih semacam.

Wahai si pengasuh, kami bukan berkira. tapi kami tengok pada keadaan. kalau kamu setakat cuti 2,3 hari, kami tak potong pun duit kamu. tapi bila kamu ambil cuti seminggu, kami mesti potong duit kamu sebab duit itulah yang akan kami gunakan untuk bayar pengasuh sementara yang menjaga anak kami selama seminggu. kamu kena faham, kami ada quota cuti tertentu. bila kamu cuti seminggu, belum tentu kami pun boleh bercuti seminggu. kalau kami perlu bercuti tanpa gaji kerana perlu jaga anak semasa ketiadaan kamu, maka bayaran kamu pun perlu dipotong.

Wahai si pengasuh, soal duit, kami tidak perlu berkira demi anak kami. tapi jika dibazirkan begitu sahaja, ralat bagi kami. kami bukan jenis berkira. tapi biar berpada-pada. kami tak kisah bersedekah tapi biar yang benar-benar memerlukan.. ya, kami sedia maklum keadaan kamu masa ni. baru sahaja ditimpa musibah. tapi itu bukan menjadi satu alasan untuk kamu tidak memahami keadaan kami juga. biar adil... kamu tak carikan pengasuh ganti semasa kamu bercuti, maka kami potong bayaran kamu.

Wahai si pengasuh, andainya ada keikhlasan di hati kamu untuk menjaga anak kami, pasti perkara ini takkan terjadi. pasti takkan timbul soal duit. tapi kerana niat kamu mengasuh kini semata-mata kerana duit bukan kerana kamu sayangkan dan kasihankan anak kami, maka apa sahaja masalah, pasti akan menjengkelkan kamu... kami faham, kamu mahu menambah pendapatan. tapi ikhlaskan hati kamu, barulah berkat rezeki kamu. kerana ketiadaan keikhlasan di hati kamu, sewajarnya kini kami mempersoalkan perkhidmatan kamu dalam mengasuh anak kami. kini kami tidak menganggap kamu sebagai 'ibu kedua' kepada anak kami. sebaliknya, hanyalah pekerja yang memerlukan duit semata-mata. bukankah lebih indah andai kamu kekal sebagai 'ibu kedua' kepada anak kami, bukannya 'pekerja'...

Wahai si pengasuh, maafkan kami kerana mempersoalkan khidmat kamu.... mungkin kami pun ada silapnya. tapi dalam kes ni, kami mahukan keadilan. kamu berkira, kami pun perlu berkira. kamu simpati dan memahami, kami pun akan simpati dan memahami.. kamu bagi kasih sayang, kami pun bagi kasih sayang. tapi kalau sebaliknya, kamu faham-faham je la...

  • Share:

You Might Also Like

2 berkongsi idea

  1. Aduh.. sedih baca entry ini sebab secara tidak langsung juga merupakan luahan hatiku... :(

    ReplyDelete
  2. saya pun risau nak anta zara kelak. bukan senang nak jumpa pengasuh yang benar2 ikhlas jaga anak kita.

    ReplyDelete

Pendapat anda amat dihargai.