Hebatnya Menjadi Surirumah

Gambar sekadar hiasan. Sumber : Kosmo online




Argh... jeles tengok para surirumah yang duduk rumah... kalaulah IbuNoey boleh jadi begitu...

Jangan pandang sebelah mata pada surirumah tau. mereka lagi hebat daripada kita yang bekerjaya.. bayangkan, ada surirumah yang berpendapatan lebih tinggi daripada kita yang bekerjaya ni. dengan duduk di rumah, buat kerja sambilan, untung masyuk.. dan yang penting mereka LEBIH banyak masa bersama keluarga.

Betapa cemburunya bila ingat kehidupan arwah mak. duduk di rumah, jaga anak, masak, kemas rumah. hebat, memang hebat. anak-anak LEBIH rasa dilindungi. rumah LEBIH kemas dan teratur. agak berbeza dengan kehidupan IbuNoey sekarang.

Betapa beruntungnya bila tengok kehidupan mak mertua. ambil upah jahit. bila banyak untung, senang je nak beli barang untuk cucu kesayangan, AniqFiras. time masak, masak. time tengok tv, tengok tv. memang ada yang bekerjaya pun ambil upah jahit macam mak mertua. tapi mak mertua lebih relaks. fikir pasal rumah dan upah jahit je.

Surirumah yang jadi pengasuh. kalau dah ngasuh 5,6 orang, dapat dah rm1,500. sapa nak bagi? kalau yang ada kemahiran menjahit, buat kuih muih, berapa pula pendapatan? untung, untung.. 

Kalaulah IbuNoey boleh jadi sebegitu. tapi apakan daya, otak bukan otak bisnes... kemahiran tak sehebat mana. hutang tak payah cerita la. kalau bab tenaga, aduhai, jauh panggang dari api.. 

Yang penting, IbuNoey amat kagum dengan surirumah yang berjaya.. harap satu hari boleh jadi macam tu. tapi ntah bila la kan...
Kongsi Artikel Ini :
+
Previous
Next Post »
7 Komen untuk "Hebatnya Menjadi Surirumah"

kan kak.. kalau boleh nak jadi surirumah.. tp masak tak la pandai camner ni berniaga.. nak bisnes pon xpandai..haha

Susah oehhh jafi full time house wife. Penat. Kerja 24 hrs tu. Tapi, teringin gak nak jadi full time house wife =)

Ye,akak tu la,teringin...hehe..

Mmg ada yg kata susah.tapi sebab masa byk diluangkn dgn family tu yg best...

betul tu kak.. suri rumah tu kdg2 lg hebat dr org yg bekerja ni.. =)

Mama Adam....mak da merasa 5bulan housewife. best! :-)

sangat hebat sebab dorang lebih tough tau..

Pendapat anda amat dihargai.

 
Copyright © 2014 Langit Berpelangi - All Rights Reserved - DMCA
Template By Kunci Dunia