Jiran tu penting... tak ada jiran, macam kera sumbang pulak nanti.. tapi itulah, ada adab-adab tertentu dalam berjiran ni. IbuNoey tak la pro sangat bab berjiran ni. maklumlah, dok kat flat. jiran kiri dan depan rumah macam ada tak ada je. lagipun IbuNoey bukan jenis suka sangat nak bergosip after office hour.. haha.. tapi kalau terserempak, senyum2 jugak la...
Okla, jom tengok serba sedikit tips yang IbuNoey nak kongsikan:
- bila terserempak dengan jiran, ikhlaskan diri bagi senyuman. kalau orang tu tak balas, janganlah dok kata orang tu sombong pula. mungkin orang tu tak perasan kita senyum ke, atau dia tengah mengelamun ke, atau dia memang jenis senyum yang kurang jelas ke..
- lawatla jiran bila kita dapat tau yang dia tak sihat. bawa buah tangan sekali. kalau boleh, bila pergi melawat tu, cari masa yang sesuai. janganlah masa orang sakit nak berehat, anda sibuk nak melawat. contoh masa tak sesuai seperti tengahari, pukul 10 malam dan ke atas..
- pastikan jangan ada bau yang kurang menyenangkan sehingga menyesakkan nafas jiran. haha.. bukan nak larang bela haiwan kesayangan. tapi kalau dah dok berjiran, penjagaan kucing ala kadar, bau najis sampai ke deria hidu jiran, itu dah tahap tak ok.. kucing tu haiwan kesayangan Nabi Muhammad s.a.w. tapi kalau ada orang lain 'terbenci' kucing hanya kerana sikap anda, anda la tanggung..
- menziarahi jiran amat digalakkan tak kira situasi. tapi jangan tak kira masa pula. dah tahu kalau bertandang sampai 2, 3 jam, janganlah bertandang lewat pukul 10 malam. mungkin tuan rumah nak tidur pukul 11 ke.. anda pula datang dan tak balik lagi walaupun dah pukul satu pagi.
- jaga aib jiran elok-elok. bukan apa, esok lusa, Allah buka aib anda pula, macam mana? kalau anda tahu jiran anda ditimpa kesusahan yang melibatkan keaiban, jangan dok sibuk gosip aib orang tu sampai blok sebelah pun boleh tahu. kalau boleh, bantu apa yang patut.
- jaga hubungan sesama jiran. janganlah sibuk nak lagakan jiran A dengan jiran B. kalaupun anda jeles tengok keakraban mereka, cubalah akrab juga dengan kedua-dua mereka berlandaskan cara yang betul.
- jaga sifat cemburu. biarlah jiran ada TV baru ke, sofa baru ke, jangan dok sibuk panjangkan leher. lepas tu dok buat fitnah yang bukan-bukan. patutnya anda bangga ada jiran yang kaya. mungkin satu hari nanti dia yang akan tolong kita bila kita susah..
- tolong tengok rumah jiran bila dia balik kampung. ni khusus untuk jiran dekat la ye.. bukan tolong tengok je kalau ternampak pencuri nak masuk. laporlah pada polis. kut ada kebakaran ke, lapor pada bomba. bertindakla mengikut kewarasan.
- jaga tutur dan kata. kita kena ingat, rambut sama hitam, hati lain-lain. kalau nak bergurau, tengok keadaan. janganlah suka nak menyindir. kalau dah lama tak nampak jiran tu, cukupla bagi salam atau tanya khabar. tak payahlah dok sibuk cakap, "Eh, baru muncul? selalunya nampak anak dan suami je".
- last tapi paling penting.. janganlah sibuk nak hantar ilmu hitam kat jiran. apa salahnya jiran tu hidup senang. ini tak, nampak jiran hepi sikit, hantar santau. nampak anak-anak jiran berjaya sikit, hantar jin... ingat, ilmu hitam ni memakan diri sendiri. sekarang, memang jiran sakit .esok di akhirat, anda lagi sakit..
Jadi binalah hubungan yang baik dengan jiran...semoga tips ini bermanfaat...
2 berkongsi idea
jiran saya semua senyum2 je. borak2 jarang. kira boleh laa kan dari tak buat apa2. hehe
ReplyDeletebetul tu..senyum tu kan sedekah..hehe..
DeletePendapat anda amat dihargai.