Mood Beraya, Entri Biasa Saja

Pasti ramai dah sibuk dengan persiapan raya kan... IbuNoey pun sama. tapi takla sibuk mana. kuih raya dah beli. malas nak buat. hehe.. baju raya pun dah ada. basuh pun dah. tinggal nak iron je.. ups, lupa pulak nak basuh sarung kusyen.. ahaks, nanti balik dari kampung, sempat lagi basuh. 

Erm, bila dah sibuk nak raya ni, entri entah ke mana. idea banyak, tapi macam tak cukup masa nak menaip bagai. so, tunggu lepas dah bercuti la. lagipun mood sekarang agak ke laut. entahlah napa.. nak kata sebab pembawaan budak, mungkin tak. mungkin dok fikir pasal ketidakadilan yang sering berlaku dalam hidup IbuNoey kut. eheh, macam nak minta simpati je IbuNoey ni. tak de la, bukan nak minta simpati. tapi IbuNoey memang suka berkongsi kan... cuma kalau terlalu peribadi, sekadar info sipi-sipi je IbuNoey bagi...

Di kesempatan ini, IbuNoey nak mohon maaf kalau sepanjang IbuNoey berblog ni (walaupun masih baru), ada je bahasa yang terkurang kemurniannya... huhu, ayat ntah apa-apa.. maklumlah kan, IbuNoey ni tak sehebat mana kalau bab berkata-kata ni. itulah sebabnya, sering berlaku ketidakadilan terhadap IbuNoey kut....

Banyak lagi benda yang IbuNoey nak kongsikan. terlalu banyak. tapi kena tunggu la. pada yang setia menunggu tu, keep it up. IbuNoey sayaaaaaang kamooo.. pada yang selalu support IbuNoey dalam arena blogging ni, thanx so much. in shaa Allah IbuNoey akan buat yang terbaik.

Doakan kejayaan IbuNoey dalam menghadapi dugaan hidup ni ye, kawan-kawan.... akhir kata, Selamat Hari Raya.. maaf jua ku pinta.. sorry, entri merepek sikit.. hehe..

Kongsi Artikel Ini :
+
Previous
Next Post »
4 Komen untuk "Mood Beraya, Entri Biasa Saja"

hehe insyaAllah moga akak maju jaya dlm berblog yer..hee

selamat hari raya kak..

Salam Aidilfitri buat akak sekeluarga. and all the best dlm apa jua yg dilakukan.. =)

thanx,jijah..akak saaaayang jijah...

Pendapat anda amat dihargai.

 
Copyright © 2014 Langit Berpelangi - All Rights Reserved - DMCA
Template By Kunci Dunia