Rezeki Yang Dinanti

Alkisahnya, IbuNoey baru je menduduki peperiksaan BITK bulan Jun tahun ni.. memang boleh dikatakan tiap tahun ambil exam ni.. kalau lulus, elaun BITK naikla RM40... tak banyak pun, tapi kalau dapat, syukur sangat-sangat... jadi tahun ni memang mengharap sangatlah kan.. nanti boleh buat belanja tambahan beli Pampers untuk baby yang upcoming ni..

Dan, pagi tadi,ada seorang budak ofis ni(Cik Ha).. masa IbuNoey lalu tepi meja dia, memang dah perasan dia tengah godek-godek web untuk check result exam tu. bila IbuNoey nampak dia tengah buka web tu, terfikir gak nak buka. tapi sebab ada keja nak settle, IbuNoey tangguhkan niat dulu. tengah dok buat keja, tiba-tiba Cik Ha laung dari meja dia, beritahu yang keputusan exam BITK dah keluar. apalagi, kecoh satu ofis nak tengok result. dan nak tahu, Cik Ha tu rupanya lulus. hehe. masa tu, IbuNoey dah lemah semangat dah. malas la nak check, mesti tak lulus..

Lepas tu, ada sorang member lelaki kat ofis ni(Mr. Fir), dok kat belakang meja IbuNoey je. dia Unit Gaji. so, senanglah nak tolong check result orang lain. just tengok nombor ic kat payroll je.. dia check sorang-sorang yang ambil exam tu tahun ni. bila dah jadi cam tu, IbuNoey warning kat Mr. Fir ,  jangan check result IbuNoey. sebabnya IbuNoey yakin tak lulus. malulah nak tunjuk result kan.. kena pula ramai yang dok berkerumun kat meja Mr. Fir tu..

Tapi Mr. Fir tak hirau pun. dia check jugak result IbuNoey. masa dia check tu, IbuNoey tak perasan pun. tiba-tiba kawan yang lain dok cakap, "Fit lulus la.." hah, IbuNoey ke yang dimaksudkan. laju je IbuNoey menyibuk kat meja Mr. Fir dan tengok screen... wah, al-hamdulillah.. tercatat LULUS kat situ.. tapi tak puas hati lagi. tengok nama pulak.. sah, nama IbuNoey.. terus tekup muka, malu konon..

Kawan-kawan yang lain dok marah kat IbuNoey sebab IbuNoey tak tengok result lagi, dah kalut kata tak lulus.. hehe, memanglah rasa tak lulus. dah selama ni mana pernah lulus.. kawan-kawan yang lain ramai jugak yang lulus. ada dalam 4 orang la kut..

Hehe.. al-hamdulillah.. inilah rezeki yang dinanti-nantikan selama ni. walaupun mungkin jumlahnya tak sebesar mana, tapi ia amat bernilai. mungkin inilah rezeki baby dalam perut ni... RM40 x 12 bulan = RM480 setahun.. 



Sesiapa yang ada ambil exam tu, boleh KLIK SINI...


BITK : Bantuan Insentif Tugas Kewangan

Kongsi Artikel Ini :
+
Previous
Next Post »
7 Komen untuk "Rezeki Yang Dinanti"

Alhamdulilah rezeki anak akak kak.. betul la rezeki melimpah2 kan..

iya,jijah..rezeki anak ni tak boleh nak jangka...

rezki anak.. :)
ulat tu menggelikan kan kak? hihihi

ye,ayu..hehe..jgn ingtkan akak pada ulat tu..tidaaaak..

alhamdulillah, rezeki tu.. tahniah.. =)

TAHNIAH.. SY 5x AMIK BARU PAS.. DH MERASA DEKAT 6THN DAH

thanx...rezeki dari Allah..

Pendapat anda amat dihargai.

 
Copyright © 2014 Langit Berpelangi - All Rights Reserved - DMCA
Template By Kunci Dunia