Baju Menyusu + Mengandung

baju mengandung
Image from BlingBoutique

Raya tak lama lagi, gaji pulak dah dapat. bonus in shaa Allah akan dapat lima hari lagi.. hehe, masa untuk shopping online.. cuba tengok gambar kat atas? lawa tak? IbuNoey baru jer buat payment untuk baju kat atas tu. warnanya maroon. corak polkadot. order dari BlingBoutique. ni jubah menyusu ni. since cutting dia jenis mengembang, so IbuNoey yang tengah preg ni pun boleh pakai. sebenarnya IbuNoey dah ada jubah maroon. maklumlah, tema raya tahun ni maroon. tapi tu laa, nanti nak menyusukan AniqFiras susah pulak. AniqFiras ni walaupun minum susu S26 tapi still nak manja jugak dengan IbuNoey, nak ngempeng gitu... so, IbuNoey decide cari jubah jenis macam ni.. tak sabar nak tunggu barang ni sampai ke pangkuan IbuNoey.



baju mengandung
Image From BlingBoutique



IbuNoey bukan beli satu barang jer tau. IbuNoey beli baju warna hijau ni jugak. ni untuk baju tidur. ni pun sesuai untuk ibu mengandung + menyusukan anak. kain jenis Lycra. sejuk la kut... so, nanti balik umah mak mertua, tak perlu segan sangat nak selak baju sampai ternampak perut. lagipun masa pantang nanti, boleh pakai jugak. sebab perut of course still macam pregnant lagi..

Ngam dah.. tunggu barang sampai jer. yang bestnya, AyahMal belanja tau.. huhu.. IbuNoey order jer dan bayar guna Maybank2u IbuNoey. nanti claim balik kat AyahMal. untungla... ok, nanti barang dah sampai, IbuNoey review la....


Kongsi Artikel Ini :
+
Previous
Next Post »
4 Komen untuk "Baju Menyusu + Mengandung"

cantik baju pink tu.. hee

jijah je xbeli lagi baju raya.. tah ape la yg sesuai gan kandungan yg 9bulan ni..huu

bukan pink tu,jijah..warna maroon..akak pun tak terfikir nak cari baju raya sangat. sebab baju pregnant akak masa mgandungkan AniqFiras elok lagi..tapi sebab nak cari yang nursing skali..

xpernah ada baju menyusu. even anak still menyusu smpi sekarang pakai je baju apa yang dan.. hihihi

ni IbuNoey semangat nak beli pun sebab ada org blnja kn..hehe..

Pendapat anda amat dihargai.

 
Copyright © 2014 Langit Berpelangi - All Rights Reserved - DMCA
Template By Kunci Dunia