Penghapus Nyamuk

By Permata Malap - 3:30 pm



Kalau balik kampung je, mesti kena bertahan dengan Cik Muk.. bukan gemuk ye.. tapi si nyamuk.. aduhai, kalau IbuNoey yang kena gigit, tak pe la.. tapi kalau kena kat si pipi bambam, AniqFiras tu.. adoi.. tak sanggup nengok muka dan badan dia, merah-merah kena 'cium' dek Cik Muk..

Dulu, masa dalam pantang, IbuNoey cuba beli Musquito Repellent, produk dari Cosway. bau dia macam minyak angin gitu. tapi Cik Muk tetap ada berlegar-legar.

Hehe.. at last, IbuNoey menemui produk seperti gambar di atas.. macam lampu kan? memang dia ada lampu pun. mari tengok ciri-ciri produk ni:

  • Tiub lampu ultraviolet kat dalam tu akan menarik minat nyamuk untuk masuk ke dalam. bukan nyamuk je, lalat pun masuk gak..
  • Tak ada bahan kimia, tak ada sembur-sembur, tak ada bau, tak ada pencemaran udara. 
  • Sesuai untuk membunuh nyamuk, lalat, lebah, dan haiwan kecil yang boleh terbang-terbang..
  • Sesuai diletakkan di mana sahaja asalkan ada sumber elektrik.
  • Untuk kawasan seluas 40sq..
  • Ukuran : 13x13x28.5CM.

Macam mana? berminat tak? IbuNoey dah lama guna produk ni. siap simpan kat kampung mertua lagi. mak mertua biasanya pasang kat bilik tidur mereka. kalau kami balik kampung, baru bagi kat kami.. 

IbuNoey pasang benda ni setiap malam. yang bestnya, benda ni ada lampu. so, kalau bilik gelap, fungsi dah jadi 2 in 1, lampu dan pembunuh nyamuk. hehe..macam lucu je ayat pembunuh nyamuk tu.. tapi memang nyamuk mati la. biasanya, tiap pagi, IbuNoey dapat tengok nyamuk melekat kat jaring-jaring dalam tu... banyak pula tu.

Nak beli tak? bagitau je IbuNoey... nanti IbuNoey settlekan.. 


  • Share:

You Might Also Like

5 berkongsi idea

  1. wah..akak jual ni ea.. bagus tu.. nanti perlu, ayu cari akak ya..

    ReplyDelete
  2. menarik la kak.. berguna untuk anak jijah nanti ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sgt berguna utk baby...sebab tak ada asap..hehe..

      Delete
  3. Brape ringgit kak

    ReplyDelete

Pendapat anda amat dihargai.