Actually, baru jap ber'blogwalking'... tiba-tiba terjumpa satu entri kat blog Nuyui tentang mesej berantai yang kini hangat di dalam Facebook. bila IbuNoey baca entri tu, IbuNoey tertarik nak kongsi pengetahuan IbuNoey berkenaan mesej berantai tersebut. ini ayat mesej berantai tu.....
Kepada
semua yang berada di dalam senarai kenalan Facebook saya, anda mungkin
tidak tahu bahawa Facebook telah mengubah konfigurasi privasi sekali
lagi. Applikasi grafik (“Graphic app”) yang baru menyebabkan semua
pengguna Facebook di seluruh dunia boleh melihat gambar-gambar (photos),
kesukaan (likes) dan komen kita. Malangnya kita tidak boleh mengubah
konfigurasi ini kerana Facebook telah menjadikan ia seperti ini.
Oleh itu, dalam tempoh dua minggu akan datang, saya akan terus
meletakkan mesej ini dan berharap agar anda juga melakukan perkara yang
sama. Saya juga memohon agar anda melakukan perkara-perkara berikut
supaya maklumat peribadi yang saya kongsikan dengan anda dan kenalan
lain kekal peribadi dan bukan untuk tatapan umum. Saya akan mengeluarkan
anda daripada senarai kenalan facebook saya jika anda tidak
melakukannya.
Letakkan kursor anda ke atas gambar profile saya tanpa
mengklik padanya dan tetingkap akan terbuka. Sekarang gerakkan kursor
ke perkataan 'Rakan-rakan' (friends) juga tanpa mengklik. Kemudian, klik
pada 'Setting’ dan buang tanda pada 'Life events’ , 'photo' dan
'comments and likes’. Dengan cara ini aktiviti saya dengan keluarga dan
kawan-kawan saya tidak lagi akan menjadi tatapan umum. Sila tulis/komen
‘done’ setelah selesai melakukannya.
Sila copy dan paste teks ini di
dinding (wall) anda sendiri (bukan 'share' ya!). Apabila saya melihat
ia diterbitkan pada halaman anda, saya akan buang tanda yang sama untuk
anda
terima kasih atas bantuan anda.
Bila IbuNoey baca je mesej ni, sah2 mesej ni nak mengenakan orang yang akan copy dan paste mesej tu kat dinding dorang... ok, senang cerita IbuNoey terangkan yer.. let say la si A copy dan paste mesej tu kat dinding dia.. then, kawan si A, namanya si B. bila si B baca mesej tu, si B pun buat macam yang si A suruh iaitu buang tanda pada 'Life Events', 'photo' dan 'comments and likes'. tahu tak apa kesannya? kesannya, nanti bila-bila masa si A upload photo atau ada comments dan likes pada status si A, nanti si B tak akan dapat baca. senang cerita, si B tak dapat perkembangan si A untuk 'Life Events', 'photo' dan 'comments and likes'. jadi, itulah penipuan yang mungkin tak semua orang tak tahu tapi ramai yang tertipu.
Tak percaya? cuba suruh kawan terdekat buang tanda2 tu untuk profile korang. lepas tu, korang cuba upload gambar. kemudian, suruh kawan terdekat korang tu tengok kat 'newsfeed' samada gambar tu ada masuk dalam 'newsfeed' kawan korang ke tak...
Kesimpulannya, jangan mudah percaya dengan mesej berantai ye... sama jer macam skim cepat kaya tu.. tapi tak dapat duitla... hehe... kredit to Nuyui sebab dah bagi idea untuk entri hari ni..
2 berkongsi idea
ooo baru tahu ni.. sebelum ni abaikan jer.. hehe tu la jangan percaya sgt kan..
ReplyDeleteha'ah,jijah..akak kalau dpt msej berantai ni pun akak abaikan jer..xkiralah ade ugutan mati ke,berdosa ke..cuma yg kali ni akak tertarik nak kongsi apa yg akak tau pasal mesej tu..
DeletePendapat anda amat dihargai.