Set Bersalin? Mana Yang Best?

Hehe...bila sebut pasal topik Set Bersalin ni, IbuNoey tersengih sorg2. apa taknya, IbuNoey punya kandungan baru cecah 4 bulan, tapi dah bz nak fikir pasal set bersalin. hehe.. persediaan awal la... maklumlah, masa anak 1st dulu, IbuNoey langsung tak prepare apa-apa. beli set bersalin pun 2,3 hari selepas bersalin. itupun mak mertua yang belikan. set apa ntah namanya, IbuNoey pun dah lupa... bengkung jangan citer la.. memang lepas seminggu gak baru beli dan pakai... so, untuk kali ni, IbuNoey nak advance sikit. 

IbuNoey dah google sedikit info. sebenarnya, IbuNoey tertarik dengan Set Bersalin Tanamera. mula-mula IbuNoey nampak jenama ni kat dalam majalah Pa&Ma. nampak best sangat bila ia menawarkan produk yang boleh digunakan sebelum bersalin. yang paling best tu, part mengurangkan koyakan. serius, IbuNoey tertarik memandangkan pengalaman sebelum ni yg amat menyeksakan..oh, tak sanggup ku ingat kenangan itu.... ok, back to da topic... harga Set Bersalin Tanamera ni RM360.00. satu set mengandungi 11 produk. ini produknya:


  • Cold Pressed Virgin Coconut Oil 100ML
  • Brown Formulation Soap 125G
  • Herbal Massage Oil 100ML
  • Lavendar Floral Water 70ML
  • Feminine Herbal Wash 14 SACHETS X 10GM
  • Herbal Bath 14 SACHETS X 10G
  • Herbal Tea 14 SACHETS X 2G
  • Firming Herbal Blend Paste 14 SACHETS X 15G
  • Abdominal Wrap 
  • Calming Blend Paste 4 SACHETS X 20G
  • Boreh Body Scrub 4 SACHETS X 20GM

tapi bila IbuNoey google more, macam tak nak la beli satu set terus. kurang berbaloi. bukannya apa, yang menarik minat IbuNoey cuma Virgin Coconut Oil tu jer.. alaa, part mengurangkan koyakan..  and berpandukan blog Puan Norfadelina, IbuNoey decide nak beli setakat dua produk jer, bukan satu set. dua produk tu nanti IbuNoey akan guna sebelum bersalin, maybe sekitar usia kandungan 24 weeks.. untuk full confinement nanti, IbuNoey akan fikirkan kemudian nak guna set mana.. mungkin Amway, mungkin NonaRoguy, mungkin Sendayu Tinggi... IbuNoey akan google more nanti....sehingga itu, jumpa lagi di entri akan datang..... 
Kongsi Artikel Ini :
+
Previous
Next Post »
0 Komen untuk "Set Bersalin? Mana Yang Best?"

Pendapat anda amat dihargai.

 
Copyright © 2014 Langit Berpelangi - All Rights Reserved - DMCA
Template By Kunci Dunia