Laut China Selatan Bukan Penghalang

By Permata Malap - 1:00 pm







Entri berkaitan.... Sukarnya Menjadi Seorang Isteri

Sambungan daripada entri Kewujudan Orang Ketiga...

Selepas si teruna membuat keputusan begitu, kami pun lost contact. IbuNoey pula menjalani kehidupan seperti biasa bersama si budak mentah. alaa, hangat bercinta konon. tapi IbuNoey tak nak la cerita banyak pasal kisah IbuNoey dengan si budak mentah ni. menyemak jer..hehew... dalam pada tu, IbuNoey ada try jugak sms si teruna tapi memang  tak berbalasnyer.. keras jugak ati si teruna nih.. tapi tak pe lah, dah salah IbuNoey. 

Sehinggalah pada hujung bulan Disember pada tahun tu, IbuNoey dapat satu tawaran kerja daripada JPA. al-hamdulillah, IbuNoey dapat akhirnya setelah menunggu sekian lama. sayangnya, kegembiraan itu tidak dapat dikongsi bersama arwah IbuNoey. so, IbuNoey pun bersiap-siap nak pergi ke sana. tapi malangnya, ketika tu, hubungan IbuNoey dengan si budak mentah bermasalah. si budak mentah nak putus hubungan sebab katanya mak dan ayah dia tak setuju kalau dia nak kahwin dengan orang jauh. untuk pengetahuan, si budak mentah berasal dari Kuala Lumpur. bila dah putus hubungan, memang sedihlah kan. adat bercinta, mesti ada kecewa.. ehekkk.. 

Oleh kerana tarikh melapor diri adalah lebih awal daripada majlis perkahwinan Mr.S dan Miss M, maka Ibu Noey pun tak dapat pergi majlis dorang... dan guess what? si teruna contact IbuNoey semula... rupanya Mr. S bagitau adik dia yang IbuNoey dapat tawaran kerja dan perlu datang ke Kuala Lumpur untuk melapor diri. jadi, si teruna pun offer diri nak membantu IbuNoey bila sampai di KL nanti. IbuNoey tanyalah kat si teruna, "Jadi, awak tak nak datang Sabah tengok majlis abang awak?". dia jawab, "Tak pe, yang penting saya nak tolong awak kat sini nanti.".... sanggup nak tolong stranger? lain macam nampak...

So, tibalah masa yang ditunggu-tunggu. tanpa ditemani oleh ahli keluarga, IbuNoey pun selamat tiba di Kuala Lumpur dengan menaiki AirAsia. wauw, inilah KL yer... berbekalkan panduan daripada si teruna, IbuNoey pun naik bas dari LCCT ke Jalan Ipoh. sepanjang perjalanan tu, IbuNoey rasa teruja sangat. bukan teruja pasal kerja tau, teruja nak jumpa si teruna. setibanya di Jalan Ipoh, IbuNoey pun dok tunggu dia kat satu bus stop. bas tu memang berhenti kat bus stop tu. tunggu punya tunggu, orang yang dinanti pun tiba.. bila nampak jer si teruna keluar daripada kereta, IbuNoey pelik. kenapa macam chubby sikit orangnya? tapi comel seyh, cam teddy bear.. huhuhu..

Then, si teruna pun hantar IbuNoey ke hotel yang berhampiran. just hantar, ok... lepas tu, dia tolong belikan makanan sekali.. aduh, baiknya mamat nih...  sepanjang IbuNoey menginap di hotel, si teruna memang banyak membantu IbuNoey. terutama dari segi makanan dan nasihat berbakul-bakul. dia pun ada bagi nasihat kat IbuNoey supaya jangan nak merayau ke sana ke mari. dan dia bagi penerangan macam mana nak ke Putrajaya nanti memandangkan IbuNoey perlu melapor diri di sana.

Dipendekkan cerita, IbuNoey pun mulalah bekerja. IbuNoey ditugaskan di Kuala Lumpur. so, bila IbuNoey dah mula bekerja, senang sikit nak jumpa si teruna. tapi selalunya si teruna bawa kawan dia sekali. mungkin memang jenis dia yang tak suka nak romantik sangat. yang lucunya, setiap kali berjumpa, mesti dia tegur badan IbuNoey yang kurus melidi. hehe...

Dan jeng jeng jeng...14 Februari... tau kan hari apa tuh? Valentine's Day.. tapi kita orang Islam tak boleh sambut perayaan tu tau... kami pun tak sambut masa tu. kebetulan je keluar sama-sama. seperti biasa, dia bawa kawan-kawan dia. kami duk minum jer masa tu.. masa tengah minum tu, tiba-tiba IbuNoey ternampak sekuntum bunga kat atas meja, betul-betul kat tepi IbuNoey.. kenapa pulak ada bunga ni.. IbuNoey jeling sikit kat si teruna. buat muka selamba jer mamat nih. lepas tu, dia hulur handphone dia kat IbuNoey. kat handphone tu, ada nota berbunyi, "Saya dah bagitau mak dan abah saya pasal awak. dorang setuju. bunga tu untuk awak." alamak.... tak dapat nak gambarkan perasaan IbuNoey masa tu.. IbuNoey bagi balik handphone dia sambil tersenyum. padahal dalam hati, nak melompat-lompat dah.. huhu... lepas dah minum, kami pun balik. tapi kawan-kawan dia balik naik kereta lain. so, si teruna sorang hantar IbuNoey balik. masa dalam perjalanan tu, si teruna cerita pasal kenapa selama ni dia tak pernah cakap sayang ker, cinta ker, rindu ker kat IbuNoey. sebab katanya, dia tak suka nak bercouple nih. sebab dia tak suka ada istilah putus cinta. pengalaman lalu mengajarnya. bagi si teruna, kalau dah suka, tak perlu couple, berkawan biasa pun dah cukup. sampai masa, tunang dan nikah terus... 

So, semenjak hari tu, kami makin kerap berhubung. dan, memang sepanjang perhubungan tu, kami tak pernah bergelar couple. kadang bila fikir balik, macam pelik jer.. tapi itulah cerita kami.. sampai saatnya, kami pun mengikat tali pertunangan dan seterusnya bernikah. begitulah kisahnya..

Hehe.. sebenarnya banyak lagi dugaan sepanjang kami berkawan dan kemudian bertunang nih. tapi rasanya cukup setakat ni perkongsian IbuNoey. memang betapa sukarnya untuk IbuNoey cuba menjadi seorang isteri kepada AyahMal. daripada tidak bersua muka, sampailah dapat bertemu hanya kerana IbuNoey mendapat tawaran bekerja dan melapor diri di Kuala Lumpur.. itulah kata orang, ada jodoh, tak ke mana kan.. walaupun datang orang ketiga di saat perkenalan kami, tapi kerana memang jodoh kami, hubungan IbuNoey tak kekal mana dengan orang ketiga tu. al-hamdulillah, atas jodoh yang diberikan, Laut China Selatan bukan penghalang...

Terima kasihlah banyak-banyak pada yang setia sehingga penghujung entri.. sekadar perkongsian yer.. kalau ada yang rasa cam tak best, ampunkan daku.. hehe.. luv u all...  



     





  • Share:

You Might Also Like

6 berkongsi idea

  1. Cinta laut china selatan.
    Moga kekal smpai ke syurga.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..dpt idea tajuk entri ni dr mesej ayu la..in shaa Allah...;)

      Delete
  2. hebat kak! hebat!

    kalau dah jodoh tak ke mana kan kak.. suami akak askar yer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula,jijah...ikan di laut,asam di darat..dalam periuk bertemu jua..huhuhuhu..a'ah,husben akak askar..

      Delete
  3. alhamdulillah.. ni lah namanya jodoh kan... samalah macam akak, xda pnh pun hubby ajak couple.. sebulan kenal, jumpa sekali je.. dah datg merisik.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah,kak...hehe..lucu kan kalau ingat kenangan lama tu..

      Delete

Pendapat anda amat dihargai.