Dua, tiga hari yg lepas, IbuNoey terkena gastrik lagi. Sejak IbuNoey kahwin dengan AyahMal, inilah kali ke-4 IbuNoey mengalami gastrik tahap kritikal -merengek mcm budak2. memang sakit sangat sampai lemah semua sendi dan otot. memang tak boleh nak buat apa.
Setakat ni, IbuNoey kena gastrik yg teruk bila time mengandung jer. 1st dulu masa mengandungkan AniqFiras. masa tu memang kritikal sgt, muntah tak berhenti. last2 masuk wad di Hospital Selayang nu.. dapatla merasa makanan hospital selama 2 hari 1 malam. kena masuk air 6 pek tau...bosan tak payah citer la..nak bergerak mmg agak susah sebab dah kena cucuk dengan jarum utk masuk air tu kan.. dan masa tu jugakla 1st time IbuNoey dpt tgk byg2 AniqFiras melalui scan. doktor pelatih yang scan siap gelak lg bila tgk aksi AniqFiras yg dok seperti menendang bola kat dlm tu..
Kali ke-2 IbuNoey kena gastrik teruk, masa IbuNoey mengandung sebelum mengandung kali ni. untuk makluman, bulan September tahun lepas, IbuNoey mengandung tapi keguguran tiga bulan selepas tu. masa tu muntah jugak. sama macam sebelum ni, IbuNoey siap letak baldi kat tepi untuk memudahkan IbuNoey daripada berulang-alik ke tandas. masa tu, IbuNoey dah terasa nak pegi hospital dah tapi bila fikirkan nanti kena masuk wad, IbuNoey tahankan jer. ye la..nanti siapa nak jaga AniqFiras. sian pula kat AyahMal. tahan punya tahan, lemah sendi2 IbuNoey. rasa macam nak demam. esoknya memang tak pergi kerja la..
Lepas tu, kali ke-3 kena lagi gastrik teruk masa mengandung. yang itu waktu kandungan kali ni ler.. tapi masa tu, IbuNoey tak tahu yang IbuNoey tengah mengandung. puncanya kalau IbuNoey tak silap, hanya kerana makan timun. tapi kali ni keadaan lain sikit. mula2, IbuNoey muntah. lepas tu, cirit. last baru perut sakit semacam gastrik. aduhai, memang menggigil2 IbuNoey tahan sakit. esok paginya, IbuNoey terus sakit satu badan.
Dan yang terbaru ni, baru jer berlaku hari Selasa yang lepas. ye, sehari sebelum puasa bermula.... dari segi jadual makan, IbuNoey tak ada masalah. mungkin IbuNoey ada tersilap makan, itulah yg menyebabkan gastrik kali ni terjadi. yang ini, sama situasi dengan sebelum ni, - muntah, cirit, dan pedih ulu hati. memang tak dapat tidur jadinya. merengek2 IbuNoey minta kesian kat AyahMal. tapi bila AyahMal kata nak bawa pegi klinik, IbuNoey tak nak. risau kena masuk wad. esoknya, ketika umat Islam mula berpuasa, IbuNoey terpaksa melupakan hasrat untuk mendapatkan puasa penuh tahun ni. ini kerana, IbuNoey demam urat disebabkan menahan gastrik tu. memang sakit sangat lutut nih. nak berdiri memang rasa macam nak nangis. jadi, puasa pertama IbuNoey dah gagal. tapi hari ni puasa tau sebab gastrik dah tak der....
Erm, nampaknya IbuNoey kena cari ubat/penawar gastrik nih. nak elak berulang lagi. kalau nak kawal pemakanan tu, memang agak susahlah. sebab Ibunoey jenis suka melantak apa yang ada. dengar citer, ada satu produk nama Shaklee tu. nanti ada masa IbuNoey nak try google. untuk kali ni, sampai di sini sahaja....tatatatata...
2 berkongsi idea
hai.. salam. mamaelly nie.thanx sbb sudi singgah blog elly.ok.. ermm masih pening2 ye.. sblm ni ada amek ape2 supplement tak.. boleh try shaklee la. Vitamin B Complex utk hilangkan pening dan loya dan ESP utk kurangkan gastrik.. ada no contact tak..lagi senang boleh sms ke whatsapp ke.. 0177442504
ReplyDeletethanx jugak sbb sudi singgah blog IbuNOey..nnt IbuNoey add elly kat watsapp ye..tq..
DeletePendapat anda amat dihargai.