Rahsia Cepat Mengandung

By Permata Malap - 3:07 pm



Buat para isteri di luar sana, memang menggembirakan bila kita dapat keputusan macam ni kan? terutama bagi mereka yang sentiasa tertunggu2... hehe, IbuNoey pun macam tu jugak. ingat lagi masa mengandungkan AniqFiras dulu... bila dapat result macam ni, memang terharu sangat. melonjak-lonjak tapi tak de lah sampai tahap cecah bumbung...

Setakat ni, IbuNoey tak perlu menunggu lama untuk mengandung kali ke-2 dan kali ke-3. tapi itulah, masa mengandung kali ke-2, tak bertahan lama (seperti yang IbuNoey mention  dalam entry Gastrik Oh Gastrik)..biasalah, belum rezeki..yang kali ke-3 ni, al-hamdulillah, dah masuk 17 minggu dah hari nie..

IbuNoey tak tunggu lama masa nak mengandung kali ke-3. kandungan ke-2 IbuNoey gugur masa bulan Disember 2012. dan IbuNoey kembali 'berisi' pada bulan Mac 2013. beza tiga bulan je kan? cukup berpantang selama 100 hari jer.. 
Memang IbuNoey akui IbuNoey merancang.. IbuNoey tak nak cepat sangat, tak nak lambat sangat. tapi IbuNoey ada cara IbuNoey untuk merancang tu. bukan main terjah jer yer. nak tahu apa caranya?

pek ujian kesuburan,cara check kesuburan

Inilah produk yang IbuNoey gunakan. mungkin ramai yang dah tahu tapi ramai yang tak berani nak mencuba. nama produk ni, Ovulation Test a.k.a. Ujian Kesuburan. nak guna benda ni senang jer. macam buat Ujian Mengandung a.k.a. Pregnancy Test. tapi kena guna banyak strip kalau nak mendapatkan hasil yang memuaskan. benda ni kalau beli kat farmasi agak mahal. rasanya dalam RM30++ untuk 5 strips. sedangkan benda ni nak kena pakai banyak untuk mendapatkan satu result. so, kalau nak jimat, gunalah jenama David Ovulation Test (sebijik cam gambar di atas). satu strip RM2.00 jer. kalau beli banyak, boleh dapat lagi murah..tapi benda ni kena beli online la sebab produk pun dari China nu..

IbuNoey terjumpa benda ni secara tak sengaja masa dok terjah atok Google. dengan harganya murah, IbuNoey terus order dan guna. al-hamdulillah, memang berkesan untuk kandungan kali ke-2 dan ke-3. jimat pun jimat. lepas dah guna, IbuNoey syorkan pada kawan-kawan sepejabat. ada yang berjaya, ada yang kurang berjaya. yang kurang berjaya tu, lebih kepada masalah kesuburan. sebab ikut pengalaman kawan IbuNoey tu, line kat strips tu kabur memanjang. kiranya tester tu memang tak boleh nak detect hormon kesuburan kawan IbuNoey tu. 

So, apa tunggu lagi? marilah cuba. kalau buat ikut prosedur, in shaa Allah berjaya. tapi kalau tak berjaya jugak, mungkin ada masalah lain. jadi, kena cari penyelesaian lain. in shaa Allah akan ada jalannya.

Cuba dan cuba........    



  • Share:

You Might Also Like

2 berkongsi idea

Pendapat anda amat dihargai.