Sedar tak sedar, dah lebih dua tahun IbuNoey bergelar isteri kepada AyahMal. terasa kenangan semalam masih segar di ingatan..cheewah....
IbuNoey pun sebenarnya tak tahu nak mulakan cerita macam mana... tapi serius, IbuNoey teramat teringin berkongsikan pengalaman suka duka IbuNoey dalam mendapatkan title sebagai isteri AyahMal. malu jugak nak cerita pengalaman IbuNoey ni. maklumlah, kisah percintaan IbuNoey dengan AyahMal ni tidaklah sehebat Cinderella dan tuan putera... huhu.. tapi IbuNoey harap, melalui perkongsian pengalaman IbuNoey ni, dapatlah membuktikan bahawa ayat , "Kalau ada jodoh tak ke mana" tu, adalah benar belaka.
Okeyla.. kisah bermula apabila IbuNoey merantau dan bekerja di bandar Kota Kinabalu, Sabah. semasa bekerja di sana, IbuNoey menyewa bilik bersama sorang minah ni iaitu Miss M.... Miss M(now biras IbuNoey) masa tu dalam ikatan pertunangan dengan Mr. S(abang kandung AyahMal). so,bila hujung minggu atau ada masa terluang, kadang-kadang IbuNoey join dorang keluar makan. satu hobi Mr. S ni adalah mengaturkan pertemuan IbuNoey dengan kawan-kawan sekerjanya. selalunya, kalau Mr. S keluar makan dengan Miss M, mesti ada seorang kawan Mr.S yang akan tumpang sekaki. jadi, Mr. S ni tiap kali bawa kawan dia, mesti sibuk nak kenalkan IbuNoey pada dorang. hehe..ada jugak yang sangkut jadi boyfren IbuNoey tapi hubungan mesti tak lama. ada juga yang sekadar jadi abang angkat...
Then, sehinggalah satu hari tu, tiba-tiba Mr.S dok cerita pasal adik kandung dia yang ada kat Kuala Lumpur. dia puji adik dia memang kaw-kaw la.. Miss M pun tak ketinggalan promote adik Mr. S tu.... handsome, baik, bukan kaki perempuan. mulanya IbuNoey tak berminat sangat. ye lah, tak nampak muka, memang susahlah nak jatuh hati ni..hehehe... walaupun Mr. S ni dok promote adik dia kat IbuNoey, tapi dalam masa yang sama dia masih kenalkan IbuNoey pada kawan-kawan dia jugak... erm, mamat nih nak IbuNoey dengan adik dia ke tak ni..
Ditakdirkan satu hari, Mr. S dan Miss M pun tunjukkan gambar teruna yang mereka dok promote tu. masa tu si teruna hantar MMS kat handphone Miss M. dalam MMS tu, siap ada tulis ayat macam ni, "Tolong carikan awek Sabah untuk saya.".... aduhai, nak gelak pun ada bila tengok ayat tu.. ye lah, yang dok sibuk nak cari awek Sabah tu apesal? kan jarak jauh ni. dipisahkan oleh Laut China Selatan. tapi bila dengar cerita daripada Mr. S mengenai suka duka adik dia dalam percintaan, simpati terus melanda hati IbuNoey..uhukkk...to be continued
Apakah yang berlaku seterusnya?
Bagaimanakah IbuNoey dan AyahMal berjumpa sedangkan terpisah oleh Laut China Selatan?
Dugaan besar apakah yang akan berlaku?
Nantikan entri akan datang.....
Tungguuuuuu......
12 berkongsi idea
singgah di pagi 15 ramadhan
ReplyDeletewah entry babak cinta
thanx,kak..huhu...sekali-sekala,kak...experience kan....
Deletealaaa ada sambungan plak, nanti dah buat sambungan dia, gtau akak dkt blog yer.. nak baca :-)
ReplyDeleteok,kakak..hehe..mestilah ada sambungan..sebab semalam cam tak larat nak habiskan..hehe..
Deleteoo akak ni org sabah yer..hee xpe dah kawen ikut suami kan.. dulu ms bercinta susah sikit la nak jumpa terpisah jarak jauh..heee
ReplyDeleteye,jijah...dah kawen ni mmg ikut suami je la..bukan susah sikit nk jumpa,memang byk dugaannya...
Deletewah kak... hihi.. eksaited ni nak baca novelog..ksah benar..
ReplyDeleteye,tunggu kisah selanjutnya..huhu..
Deleteassalam,
ReplyDeletekisah cinta bersiri ni...semoga berbahgia selalu...aamiin
salam ramadhan dari bunda..
wa assalam...in shaa Allah,kak..terima kasih..amiiin..salam ramadhan jugak....hehe..
Deletesalam kenal dari fifi..
ReplyDeletewah.. suspen cerite.. btw.. dulu fifi pon kerje dekat sabah.. keje dekat KK jugak.. duduk dekat sri maju.. :)
salam kenal,fifi..suspen?hehe..kena ikuti kisah selanjutnya la nih..sri maju tu pun Noey pernah sewa kat sana masa blajar UiTM dulu..
DeletePendapat anda amat dihargai.