Sambungan daripada entri 'Sukarnya Menjadi Seorang Isteri'...
Oleh kerana simpati yang tinggi, terus terbit cinta di hati.. uik, cepat benar IbuNoey ni jatuh hati.. huhu.. bukan setakat tu jer ye, tengok gambar si teruna pun, humph, boleh tahan orangnya.. cuma rambut tu cam ada kaler sikit la.. menurut Mr.S, walaupun adik dia tu sama title kerja macam dia, tapi adik dia ni cam degil sikit. suka buat benda sesuka hati... dan memang kalau orang tegur, adik dia selalu buat dunno jer..
Lepas tu, Mr.S pun bagi nombor telefon adik dia kat IbuNoey. dan jangan terkejut, IbuNoey lah yang terlebih dahulu hubungi si teruna. beranilah konon sebab tak pernah bersua muka kan... so, daripada kenalan biasa, sampailah terbit perasaan yang sukar digambarkan. cuma kadang-kadang terbit dalam hati IbuNoey, mamat nih pun ada perasaaan yang sama ke... ye lah, cara dia sembang dengan IbuNoey dalam telefon masa tu, agak meragukan. selamba dan tak romantik langsung... ke IbuNoey syok sendiri nih...huhu..
Dalam pada IbuNoey berhubung dengan si teruna melalui telefon sahaja, Mr.S dok kenalkan pulak kawan sekerja dia pada IbuNoey. kecik jer orangnya.... kategori budak lagi la gitu. sebab IbuNoey lebih tua daripada budak tu.. ni pun tahap sedap mata memandang la. cam hero Bollywood gitu..... entah macam mana, daripada kenalan biasa, IbuNoey terus couple dengan budak mentah ni.. tapi....hah, ada tapi ok... tapi, dalam masa yang sama, IbuNoey masih berhubung dengan adik Mr.S. dan perasaan terhadap adik Mr.S tetap sama, berbunga-bunga.
Sepanjang perhubungan IbuNoey dengan si teruna (adik Mr.S) , kami memang tak pernah cakap nak couple. jadi, kiranya kami ni cuma kawan tapi ada perasaan sayang gitu... eh, ke IbuNoey jer yang berperasaan begitu? huhu.. dalam pada tu, si teruna ada cakap nak datang ke Kota Kinabalu nanti masa majlis perkahwinan Mr.S dan Miss M. dia kata masa tu la dia harap dapat jumpa IbuNoey. banggalah IbuNoey..nak jugak si teruna ni jumpa IbuNoey walaupun dia tak pernah romantik langsung masa sembang dalam telefon.
Pasal si budak mentah pulak, memang pelik.. IbuNoey cam semakin tertarik dengan dia walaupun dok sibuk layan perasaan yang ada pada si teruna. apa kata orang, dua jiwa satu hati. hingga sampai satu tahap, IbuNoey suka sangat dengar lagu 'Di Sana Menanti, Di Sini Menunggu' masa tu. padahal kalau fikir balik, belum tentunya perasaan si teruna sama tahapnya dengan perasaan IbuNoey.
Dan, entah kenapa, tiba-tiba, bila terfikir balik kisah cinta si teruna dahulu seperti yang pernah diceritakan oleh Mr.S, IbuNoey rasa menyesal sangat. kenapa mesti IbuNoey dok layan si teruna padahal masa tu IbuNoey sedang ber'couple' dengan si budak mentah? dan mestikah IbuNoey teruskan hubungan dengan si teruna sedangkan belum tentu kami boleh bersua muka nanti?
Selepas berfikir semasak-masaknya, IbuNoey pun mengambil keputusan yang amat sukar bagi IbuNoey...cheewahhh.... masa tu, IbuNoey fikir satu jer, jangan mengharap pada yang tak pasti. so, bila tiba masanya, IbuNoey pun berterus terang pada si teruna mengenai hubungan IbuNoey dengan si budak mentah. bertalu-talu IbuNoey minta maaf pada si teruna. dan bertalu-talu jugak IbuNoey cakap kat si teruna, bahawa IbuNoey memang sayangkan dia. cuma IbuNoey tak mahu mengharap dengan cara si teruna melayan IbuNoey yang acuh tak acuh tu... kerana hal itu, si teruna buat keputusan untuk tidak meneruskan perhubungan kami even sebagai kawan pun. dan menurutnya, mungkin dia tak akan pergi ke Kota Kinabalu masa majlis kahwin Mr. S nanti. sebab katanya, tak guna dah dia datang... sedih masa tu bila dengar si teruna cakap macam tu.. (layan perasaan jap)...--to be continued again-
Sambung lagi? Of course la... Bukan pendek punya kes nih...
Bagaimana IbuNoey dan AyahMal boleh bertemu pula?
7 berkongsi idea
laa.. aish.. kak. cpt update.xsabar..
ReplyDeletekak..cpt update.. eksaited baca. ehehe
ReplyDeletehehe,sabar dik...rajin2 buka blog akak yer..citer ni agak panjang..hehe..
Deletewahh kak.. tak sangka akak ni romantik gak yer..hee
ReplyDeletealaa jijah pon dulu gan asben perigi cari timba gak..hahhaa
next!
haha..romantik la sgt,jijah...dulu bole la,skrg da ada anak,romantik ngan anak jer..kikikiki... dalam kamus cinta akak,xde istilah prigi cari timba..huhu..sebab tu berani nak ngorat..ahaks..
Deleteooo kiranya si teruna tu ada hati la masa tu kan.. tp jual mahal.. xnak luah perasaan kan.. hihi
ReplyDeletehehe,ye,kak..skrg ni,Noey selalu usik si teruna,jual mahal sgtla dulu...
DeletePendapat anda amat dihargai.