Bukan Lupa Daratan

By Permata Malap - 11:30 am

Hujung minggu baru-baru ni, IbuNoey berkunjung ke rumah ex-classmate masa sekolah menengah. nama panggilannya Ayu. dah lama IbuNoey cari dia. al-hamdulillah, masa puasa tempohari, terserempak dengan dia kat Aeon Jusco Wangsa Maju. makin lawa gitu. dahlah badan ala-ala model... rupa-rupanya dia dok kat kawasan Setapak juga.

Sebenarnya lucu bila ingat balik peristiwa berkunjung ke rumah Ayu ni. ada benda yang tak disangka-sangka. bila ingat, malu rasanya. dijadikan cerita, lepas Ayu bagi alamat rumah dia, IbuNoey dan AyahMal pun geraklah ke sana. bila tengok alamat, wow, apartment. mesti Ayu kerja yang bergaji lumayan. bila tengok cara pemakaian dan perwatakan dia, IbuNoey target dia ada spa sendiri.. hehe.. lepas tu,kami pun sampailah di hadapan rumah Ayu dan kemudian Ayu jemput kami masuk. masuk je dalam rumah dia, wow, kagum sekali lagi. apa taknya, tengok perabot dan perhiasan nampak mahal-mahal belaka. lepas tu, siap ada Maid sekali ok... masa tu, IbuNoey dan AyahMal saling berpandangan dah...

Kemudian, Ayu jemput kami duduk sementara dia pergi dapur kejap. IbuNoey dan AyahMal berbisik sesama sendiri, mesti kerja boleh tahan ni... dalam kepala IbuNoey dok ligat target dia ada bisnes sendiri... lepas tu, Ayu datang semula dan jemput kami untuk makan. express you.. haha.. bab makan, confirm la IbuNoey tak tolak. so, kami pun gerak ke meja makan. masa tengah berdiri dekat meja makan, keluar sorang lelaki dari salah satu bilik kat rumah tu. rupanya suami Ayu. lepas dah kenal-kenal, kami pun duduk. makan sambil sembang. lepas tu, suami Ayu tanya IbuNoey kerja mana. IbuNoey pun jawablah. sekali rupanya dia kenal dengan bekas Ketua Pengarah Jabatan tempat IbuNoey bekerja. dia cakap satu batch dengan dia cuma Dato' tu tua lima tahun daripada dia. ah, sudah.. satu batch? macam sangat educated je suami Ayu ni..

Sembang punya sembang, Ayu tiba-tiba bagitahu kat suami dia, ada seseorang berpangkat Dato' dah datang. dalam hati IbuNoey terfikir, entah-entah suami Ayu ni Dato' juga... lepas tu, tetamu yang dimaksudkan Ayu tadi pun masuk. orangnya nampak selamba je.. Dato' tadi ikut makan sekali sambil sembang-sembang dengan suami Ayu. masa tu, IbuNoey dah tak senang duduk dah. segan, malu, tertanya-tanya, semua ada... dan, dalam perbualan antara Dato' dan suami Ayu tu, Dato' tadi panggil suami Ayu dengan panggilan Dato' juga.. SAH!! suami Ayu ni pun berpangkat Dato'. dan Dato' tadi panggil Ayu dengan panggilan Datin. aiyoooo, kawan aku ni dah jadi Datin rupanya.......

Itulah peristiwa berkunjung ke rumah Ayu yang agak melucukan bagi IbuNoey.. cuba korang dok tempat IbuNoey, serius segan weiii... yang paling tak boleh tahan tu, AyahMal dah panggil suami Ayu ni dengan panggilan 'abang' masa mula-mula berkenalan tadi. kalaulah tahu suami Ayu ni Dato', confirm AyahMal tak panggil macam tu. boleh dimaafkan ke tak tu? tapi itulah, suami Ayu ni tak sombong pun. dia sembang dengan kami dengan cara biasa, tak protokol dan tak menyinggung perasaan. malah tak adalah berbangga dengan status dia. sama juga dengan Dato' yang menjadi tetamu suami Ayu tadi. sembang selamba dan tak adalah dok tanya benda-benda yang sensitif.

Truly, IbuNoey bangga dengan Ayu. walaupun dia dah bergelar isteri kepada Dato', tapi dia tak sombong pun. kalau benarlah dia lupa asal-usul dia, takkanlah dia nak bermesej dengan IbuNoey di Facebook, takkanlah dia sibuk nak jemput IbuNoey datang ke rumah. malah, dia ajak IbuNoey datang lagi ke rumah dia bila-bila masa... dan satu lagi, sehari selepas tu, IbuNoey sms dia, nak minta maaf sebab tak panggil suami dia dengan panggilan Dato'. dia balas cakap tak apa. lepas tu, dia tak nak IbuNoey panggil dia Datin, menyampah katanya.. huhu..

Itulah kisah bukan lupa daratan.... al-hamdulillah, masih ada manusia yang tidak berbangga dengan apa yang dimilikinya. diharap Ayu akan terus dengan sikap merendah dirinya...






Ini gift dari suami Ayu. sabun beras. AyahMal dah test dah. wangi je. boleh memutihkan muka kata Ayu. itu yang AyahMal semangat nak mencuba.. 






  • Share:

You Might Also Like

7 berkongsi idea

  1. Wahh...suke tgk org melayu berjaya tapi x lupe daratan.Bagus2.Ibunoey...sha pon pakai sabun tu.Sedap bau die.Ngee. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah,sha..bangga dapat kawan yang merendah diri cam dia..hehe..noey nak pakai tapi ntah bila la..

      Delete
  2. betuahnya ibu noey ada kawan macam ayu ni, bgslah x lupa daratankan...

    ibu noey, terima kasih sangat² selalu komen kat blog saya... tp sy ssh sikitlah masuk blog awak loading lambat sgt .. sy ssh nak baca dan komen kat blog awak huhuhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama,kak..hehe..lambat loading,eh?byk sgt kut widget noey kat blog ni..hehe...

      Delete
  3. Alhamdulillah... seronok kalau kawan yg dah berjaya tak sombong nie....

    ReplyDelete
  4. berbangga juga dapat kawan yg kaya kan lagi2 dia tak sombong n merendah diri..

    ReplyDelete
  5. alahaiii sy baca entry ni plak rasa segan.. bukan pe, terbayang2 mcm akak disituasi ibu noey.. hihii

    tp bgus kwn ibu noey tu :)

    ReplyDelete

Pendapat anda amat dihargai.