ADUHAI..... TIPAH TERTIPU

Geram jer bila ingat balik sejarah IbuNoey kena tipu. ini semua disebabkan IbuNoey terlalu mudah simpati pada orang yang dilanda musibah. tapi kalau tak simpati, takkan nak kejam pulak kan?

Alkisahnya kes ni dah lama berlaku. masa tu IbuNoey masih belajar di UiTM Cawangan Kota Kinabalu. dijadikan cerita pada hari tu, IbuNoey sedang menuju ke stesen bas untuk pergi ke UiTM Cawangan Kota Kinabalu sebab ada kelas pagi tu. masa tu memang IbuNoey agak lewat dah. dalam perjalanan menuju ke stesen bas, sandal IbuNoey putus pula. jadi memang cuak jadinya. fikiran pun jadi tak menentu sebab stesen bas masih jauh.

Dalam dok kalut tu, tetiba datang sorang budak lelaki. memang masih budak lagi la, mungkin sekitar Tingkatan 4 atau 5. dia cakap, dia perlukan bantuan IbuNoey. dia nak balik kampung tapi dia baru je kena samun. wallet dia dah kena kebas. katanya dia dah buat report kat polis. tapi sekarang ni, dia perlukan duit untuk balik kampung sebab nak bagitahu bapa dia pasal kes dia.

Masa tu, IbuNoey memang kesian sangat tengok dia. yelah, IbuNoey bayangkan kalau lah adik lelaki IbuNoey berada di tempat budak tu sekarang. ditambah lagi dengan kekalutan IbuNoey nak cari kedai kasut untuk beli kasut baru. jadi, IbuNoey pun hulurlah duit kat dia. tapi tak ingat pula berapa jumlahnya. menurut budak ni lagi, ayahnya orang kaya kat kampung dia. dia siap bagi nombor telefon  dia lagi. katanya lagi, dia akan ganti balik duit IbuNoey tu bila ada kesempatan. IbuNoey cuma perlu contact jer number dia tu.

Oh ye, lepas bagi duit untuk tambang balik ke kampung dia, dia siap minta duit untuk makan lagi. tanpa banyak soal, IbuNoey bagi jer. lepas tu, dia pun blah sambil ucap terima kasih.

Setibanya IbuNoey di stesen bas, IbuNoey terfikir juga. kenapa IbuNoey tak minta contact number bapa dia? takpun bawa dia pergi ke balai polis untuk pengesahan sekali lagi berkenaan kes budak tu kena samun. macam-macam yang IbuNoey terfikir, 'kenapa tidak'...

Beberapa hari lepas tu, IbuNoey try contact dia. contact sekadar nak tanya khabar, bukan nak minta ganti duit yang IbuNoey dah bagi. kali pertama call, dia angkat. dia cakap nanti dia akan aturkan perjumpaan dengan IbuNoey untuk ganti balik duit IbuNoey. lepas tu, IbuNoey pun tunggu dia call semula. langsung tak de khabar. dan kemudian, IbuNoey try contact dia lagi. tapi dia tak jawab pun.

Bila dah lama sikit kes tu, IbuNoey pernah terserempak dengan dia masa IbuNoey jalan-jalan kat bandar Kota Kinabalu. dia macam tak kenal langsung dengan IbuNoey. sah, budak ni memang suka menipu orang ni. yelah, kalau tak kenal orang yang pernah tolong dia masa dia susah dulu, mesti dah banyak orang yang dia jumpa untuk 'tolong' dia masa dia 'susah' kan?




Kongsi Artikel Ini :
+
Previous
Next Post »
16 Komen untuk "ADUHAI..... TIPAH TERTIPU"

Perasaan mudah kesian itu satu yang sukar nak buangkan, lalu kita sellau jadi mangsa pulak...

budak dh menipu..kalau dh dewasa..lg laa... mmg kn hati hati bab nie..

tak patut dia menipu..senang ke hidup dengan menipu..emm

Alahaiii...Skolah tak habis lagi dah pandai menipu. Sabar jer lah kan. Kena lebih berhati2 lpas nih.

kan.memang geram ponmacam ni.tak harap xlist tegur la kan.

mmm..agak agak ada lagi tak orang macam ni

huish bahayanya kan kak
seram gak klo kena tipu
xpe..moga Allah murahkan rezeki akak
isi tabung nuffnang sini-darlie

takpe la kak.. tu rezeki dia... bila menipu antara dia dg Tuhan.. kita menolong je dgn niat baik kan..

itulah,dik...tapi akak ni tak pernah rasa serik nak bantu orang.selagi boleh bantu,kita bantu la kan..

itulah,kak..sedih gak bila ingat perangai budak tu..moga dia insaf la kan..

tu lah,jijah..harap niat baik kita tu diberkati kan..dan harap budak tu tak buat lagi macam tu..

confirmla dia dah tak ingat IbuNoey yg pernah tolong dia sebab da ramai sgt org yg dia minta tolong..

tu la,yumida..nasib baiklah tak kena pukau..kalau pukau lagi naya akak..

itulah,kak..tapi kita ni ikhlas je nak menolong..

ntahla..manusia zaman sekarang kan..

memang nak kena berhati-hati pas ni..tapi simpati juga kalau terjumpa dengan orang yang kesusahan..

Pendapat anda amat dihargai.

 
Copyright © 2014 Langit Berpelangi - All Rights Reserved - DMCA
Template By Kunci Dunia