CHECKLIST UNTUK BERPANTANG BAHAGIAN 2

 Sambungan daripada entri Checklist Untuk Berpantang...

11. Selipar (ala-ala selipar tidur)
Bukan stokin je kena pakai, selipar pun kena pakai tau.. tapi IbuNoey nak beli yang biasa-biasa je. beli yang ada kartun besar kang, susah pulak nak bergerak. tersadung nanti..
12. Disposable panties 
Ni wajib untuk tidak membazirkan masa membasuh panties yang terkena darah nifas. kat Aeon Big, harga untuk 1 set (10helai) disposable panties tu RM7.90. rasanya kalau kat Giant lagi murah kut.. dah beli dua set. kalau kurang lagi, nanti minta AyahMal je belikan..
13. Maternity pad 
Buat masa ni dah beli yang pakai tali tu. dulu pun pakai yang jenis tu. so far, selesa la dipadankan dengan disposable panties (tak melekat). nanti bila darah dah kurang, boleh tukar kepada pad biasa(tapi jenis heavy flow).
14. Sweater dan Cardigan
Kali ni nak sediakan kedua-duanya. nanti masa cuaca agak panas, boleh guna cardigan je.
15. Breastpumps
Ni dah ada. tapi jenis biasa-biasa je. pengalaman masa bersalinkan AniqFiras dulu, terkena kes bengkak susu. merana kejap. jadi kali ni, kalau bengkak, bolehlah guna breastpump tu. kalau ada duit lebih, nak beli terus yang set pakej. nak jayakan keinginan penyusuan ibu secara eksklusif...

16. Bidan urut
So far, dah survey dah. kalau berdasarkan harga, IbuNoey dah dapat seorang makcik nih. namanya Makcik Rozy. tinggal kat Ampang. agak jauh juga dari tempat IbuNoey. harga pakej untuk sehari, RM70 (belum termasuk kos teksi). pakej siap urut ibu, siapkan baby, dan ubat-ubatan.

17. Mandian herba
Nak mandi nanti, kenalah ada mandian herba. segar je tubuh nanti. dah beli dah masa beli pilis dan tapel tempohari. beli satu bungkus besar. harga RM30.

18. Ubat periuk
Yang ni untuk apa eh? untuk kehangatan tubuh juga rasanya. dan ikut pengalaman IbuNoey, boleh melawaskan pembuangan sisa-sisa buangan. jadi, tak adalah sembelit nanti. yang ni pun dah beli. 

Hah, rasanya itu jer la keperluan untuk berpantang kali ni.. ni pun berdasarkan pengalaman sebelum ni. harap dikuatkan semangat untuk menjalani tempoh-tempoh berpantang..
Kongsi Artikel Ini :
+
Previous
Next Post »
2 Komen untuk "CHECKLIST UNTUK BERPANTANG BAHAGIAN 2"

nampak dah cukup tuu persediaan..mg selamat melahirkan yer..mg dipermudahkan

ye,kak..terima kasih..;)

Pendapat anda amat dihargai.

 
Copyright © 2014 Langit Berpelangi - All Rights Reserved - DMCA
Template By Kunci Dunia