KURANG SIHAT TANDA LEMAH?

By Norfitri Hamdani - 4:30 pm

Aduhai, dugaan pula di akhir trimester ni. kerap sangat rasa cam nak demam. tapi tak demam juga. ibu mertua cakap, kalau badan rasa bisa-bisa tu, demam urat. biasanya demam urat terjadi sebab tidur kat tikar yang diperbuat daripada buluh. tapi seingat IbuNoey, IbuNoey tak ada pula tidur kat tikar buluh. kalau nak baring kat lantai pun, mesti beralaskan toto sebab kalau tak lenguh pinggang IbuNoey.

IbuNoey berharap sangat janganlah terjadi macam kes nak bersalinkan AniqFiras dulu. buat pengetahuan semua, masa mengandungkan AniqFiras dulu, IbuNoey batuk-batuk masa dekat-dekat due. kesannya, sakit belakang yang amat sangat. kalau nak batuk, seksa sangat sebab dalam masa yang sama, kena bertahan kat dinding untuk kurangkan sakit belakang. batuk pula jenis yang kering. memang seksa...

Dan kali ni, harap jangan jadi macam tu lagi. ye lah, IbuNoey perlukan tenaga untuk meneran nanti. kalau tak sihat, tak de tenaga masa nak meneran nanti. ni pun sekarang ni gagahkan juga datang ofis walaupun badan rasa tak selesa sangat.

  • Share:

You Might Also Like

6 berkongsi idea

  1. Dugaan ibu mengandung. Smoga cpt sembuh. SMoga semuanya dipermudahkan olehNYA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap mcam tu la.tak nak dah jadi kes macam dulu..

      Delete
  2. take care kak..
    kene bnyak berehat tu.:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq,shark..tak boleh rehat sgt nih..nnt susah nk bersalin..hehe..

      Delete
  3. in shaa Allah
    semoga dipermudahkan
    jaga diri k

    ReplyDelete

Pendapat anda amat dihargai.