MATERNITY & CHILDREN EXPO 2013

By Permata Malap - 9:00 am



Tahun demi tahun, IbuNoey hanya dok sibuk tengok iklan pasal expo ni dalam majalah Pa&Ma. maklumlah, IbuNoey ni peminat tegar Pa&Ma sejak tahun 2011 lagi (sebelum lahirnya AniqFiras). seronok bila beli majalah ni sebab banyak info yang berguna untuk kaum-kaum hawa. dan dalam pada beli dan baca tu, selalu nampak iklan pasal Maternity & Children Expo ni. kalau tengok iklan, memang seronok. sebab banyak pertandingan yang boleh kita join.

Dan tahun ni, IbuNoey sekali lagi melihat iklan ni dalam majalah Pa&Ma bulan Oktober 2013. bila tengok je iklan ni, memang rasa teruja sangat nak pergi. jadi, IbuNoey pun congak dan congak kut AyahMal boleh pergi kan. bila dah congak, hari Jumaat dan hari Sabtu jer AyahMal free masa tu. tapi hari Jumaat, IbuNoey kerja. so, hari Sabtu je la harapan nak pergi sana.

So, bermulalah adegan pujuk memujuk. selain nak join pertandingan, IbuNoey pun teringin nak dapat goodies bag kat expo tu. lagi satu kut ada barang baby yang IbuNoey berkenan kan, boleh rembat. lagipun ada lagi barang-barang keperluan bersalin yang tak lengkap ni.

Tak lama pun pujuk AyahMal. dia setuju jer. cuma dia tanya jugak, nak datang sana naik kereta ke naik LRT. kalau naik LRT ok jugak, tak perlu nak menghadap jammed. tapi kalau naik kereta sendiri lagi elok. untuk keselesaan AniqFiras.

Tapi... semalam, AyahMal bagitahu mungkin tak dapat pergi expo tu sebab hari Sabtu, dia kena pergi latihan menembak. aduhai.. hampanya perasaan.. 

~nak pergi sendiri, tak berdaya pulak~ 

  • Share:

You Might Also Like

4 berkongsi idea

  1. Kalau pergi expo macam tu banyak pilihan barang dan murah2 pulak tu dpt diskaun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah tu,kak..tu yg semangat nk pegi tu..;)

      Delete
  2. Tak per la.. bukan rezeki nak gi.. Saya malas nak expo.. ramai orang.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa Allah ada rezeki..sebab AyahMal dah pergi latihan menembak semelam..;)

      Delete

Pendapat anda amat dihargai.