BAHAYA SEMBELIT KEPADA IBU MENGANDUNG


Aduhai.. peritnya awal pagi tadi bila IbuNoey terkena sembelit. terasa seksanya. tersedar dari lena pukul 4 pagi, rasa perut memulas-mulas. bila masuk tandas, tak pula ada apa-apa yang keluar. tapi perut memulas-mulas sampai rasa nak menangis pun ada.

Ntah berapa lama agaknya IbuNoey duduk dalam toilet. sampai lenguh kaki ni. at last, IbuNoey masuk bilik semula. lepas tu, sekitar pukul 5 pagi, IbuNoey tersedar lagi bila perut memulas-mulas. masuk tandas sekali lagi. IbuNoey fikir mungkin kali ni berjayalah 'membuang'. tapi sekali lagi berlaku, langsung tak ada apa yang keluar. kaki dah menggigil-gigil dah.

Dalam pada cuba nak meneran tu, teringat pula pesanan, time pregnant macam ni, kalau nak 'membuang', jangan teran kuat sangat. takut lain pulak yang terkeluar. terus IbuNoey batalkan niat nak meneran sekuat hati. lepas tu, dalam hati terdetik, macam mana agaknya masa IbuNoey nak bersalin nanti. ada kekuatankah? sedangkan masa tengah sembelit ni, rasa nak nangis pun ada...

Dan tengahari ni, IbuNoey try makan betik masa kat ofis. al-hamdulillah, berjayalah 'membuang'... 

  


Kongsi Artikel Ini :
+
Previous
Next Post »
6 Komen untuk "BAHAYA SEMBELIT KEPADA IBU MENGANDUNG"

kena makan buah atau sayur banyak skit kot..

kena banyak makan makanan berserat la kalau mcm tu...

sib baik kan.mmg kna mkan betik.betik cepat lawas
inshaaAllah ada masa boleh melawat nnti k :-)

dah makan dah...tapi mungkin sebab kuat makan yang pedas-pedas..

macam-macam serat dah makan ni,pha is..;)

hehe..tu la..kalau tak dapat poo jugak,merana la IbuNoey..;)

Pendapat anda amat dihargai.

 
Copyright © 2014 Langit Berpelangi - All Rights Reserved - DMCA
Template By Kunci Dunia